WWW.SA.I-PDF.INFO
FREE ELECTRONIC LIBRARY - Abstracts, books, theses
 
<< HOME
CONTACTS



Pages:     | 1 |   ...   | 15 | 16 || 18 |

«THURSDAY 23RD FEBRUARY 2012 02:00 PM AUDITORIUM, WISMA MCA JALAN AMPANG, KUALA LUMPUR KUALA LUMPUR BAR COMMITTEE 2011/12 L to R (Front): Mary Tan ...»

-- [ Page 17 ] --

15 tahun berlalu dan bagi tahun-tahun akan datang, kami akan terus menyediakan perkhidmatan kami kepada masyarakat yang terpinggir dan akan meneruskan akujanji ini walaupun gambaran negatif terhadap mereka oleh kumpulan-kumpulan tertentu. Kami telah membantu transgender, homoseksual, pekerja seks, pengguna pengguna dadah dan orang-orang yang hidup dengan HIv selama bertahun-tahun.

Mereka telah diwakili untuk kesalahan berpakaian seperti wanita, “intervensi” undang-undang apabila mereka diganggu oleh pihak berkuasa, menghadiri pendengaran reman, bertemu OCPD-OCPD apabila terdapat penangkapan besar-besaran pekerja-pekerja seks dan malah telah mengadakan dialog dengan pihak-pihak berkuasa yang berkaitan (JAWI, Pendakwa Syariah, Peguam Syariah, Baitulmal, Pegawai Polis, OCPD-OCPD, Jabatan Peguam Negara, JAIS) untuk menyelaraskan kerja-kerja kami dan untuk menyedarkan mereka tentang masyarakat terpinggir. Kita perlu ambil perhatian di sini bahawa kami menerima sokongan positif daripada pihak berkuasa.

Tahun 2011 ini telah menyedihkan dan mengecewakan apabila komuniti terpinggir sekali lagi didiskriminasikan dan dicerca dalam media. Kita mesti terus membantu mereka dan meneruskan perjuangan kami untuk menghilangkan segala Bentuk Diskriminasi dan Stigma Terhadap Masyarakat Seksual Terpinggir.

Untuk kali kedua kami merayu kepada semua Pusat Bantuan Guaman untuk membantu kami dalam membuka Klinik Undangundang bagi komuniti-komuniti ini dan kita sentiasa bersedia untuk membantu dalam merumuskan dan berkongsi sumbersumber kami.

Akhir sekali, saya menyatakan ucapan TERIMA KASIH yang tidak terhingga dan penghargaan kepada semua ahli-ahli jawatankuasa saya, kakitangan saya dan peguam-peguam dari KLLAC yang membantu dalam menjalankan Klinik Guaman PBG/PT/MAC dan semoga saya akan terima lebih banyak sokongan dari Pusat Bantuan Guaman negeri-negeri lain.

–  –  –

Klinik ini memudahkan perhubungan dan kerjasama dengan Pusat Bantuan Guaman Kuala Lumpur (KLLAC) dan Organisasi Bukan Kerajaan iaitu AWAM, WAO dan SIS. Pada dasarnya, ini akan memudahkan Pusat Bantuan Guaman dalam memperluas aspek bantuan kepada mereka yang memerlukan nasihat serta khidmat guaman. Klinik ini juga menyediakan latihan kepada para pelatih dalam kamar yang mana ia merangkumi pelbagai cabang undang-undang dan antaranya ialah Keganasan rumahtangga (Domestic violence) dan undang- undang Syariah.

Pada tahun ini sahaja, klinik ini telah melatih empat (4) kumpulan pelatih dalam kamar. Agenda utama klinik ini ialah sesi latihan serta Analisa Pertengahan Tahun di mana sesi ini dilaksanakan untuk setiap kumpulan. Secara amnya hampir kesemua pelatih dalam kamar telah berjaya menambah ilmu dan memperbaiki kemahiran dalam urusan undang-undang serta dapat bekerjasama yang memberikan mereka pengalaman yang bermakna.

10. PUSAT BANTUAN GUAMAN MAJLIS PEGUAM (KUALA LUMPUR) LAPORAN KLINIK

PEKERJA ASING TENAGANITA

Laporan disediakan oleh Sekretariat

–  –  –

Tenaganita adalah sebuah Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) Malaysia yang melindungi hak-hak wanita, pekerja asing dan pelarian. visi utama Tenaganita adalah untuk menegakkan keadilan, kebebasan dan masyarakat yang demokratik di mana setiap orang dilayan sama rata dari segi hak-hak mereka. Pusat Bantuan Guaman Kuala Lumpur (KLLAC) pada masa yang sama bekerjasama dengan Tenaganita dalam menjayakan visi tersebut.

Pada tahun ini, empat kumpulan (Kumpulan 65, 66, 67,dan 68) pelatih dalam kamar telah ditugaskan untuk berkhidmat di Tenaganita. Selama tempoh selama 3 bulan tersebut mereka membantu NGO untuk mencapai matlamat mereka tersebut.

Pada tahun ini juga, KLLAC mengadakan empat Analisa Pertengahan Tahun di mana pelatih-pelatih dalam kamar berkongsi masalah-masalah yang timbul semasa tempoh menjalani program Bantuan Guaman. Antaranya:a) Keperluan untuk meningkatkan system pemfailan

b) Kurangnya kemudahan (contohnya computer, penghawa dingin)

c) Terlalu ramai orang dalam satu kumpulan

d) Hari bertugas yang tidak fleksible Keseluruhannya, semua pelatih dalam kamar menyukai Tenaganita dalam program-program yang dianjurkan dan sukarela untuk melakukan yang terbaik dalam membantu masyarakat yang memerlukan.

–  –  –

Pusat Bantuan Guaman Majlis (Kuala Lumpur) telah berkerjasama dengan Organisasi Bukan Kerajaan untuk memastikan perlindungan terhadap pelarian-pelarian di Malaysia dan bertanggungjawab sepenuhnya untuk penerimaan, pendaftaran, dokumentasi dan penentuan status para pelarian dan bagi yang mencari perlindungan. Pada tahun ini, sebanyak 4 kumpulan (Siri 65-68) yang terdiri daripada pelatih dalam kamar ditempatkan di UNHCR bagi memenuhi rutin duti Bantuan Guaman mereka.

Dalam tempoh setahun, sebanyak 4 latihan dan 4 Analisa Pertengahan Tahun diadakan. Semasa Analisa tersebut diadakan, pelbagai permainan dan aktiviti dijalankan. Selain itu, para pelatih juga diminta untuk menyenaraikan segala masalah yang mereka hadapi ketika program dan cadangan untuk memperbaiki perkara-perkara yang berkaitan.

Antara masalah-masalah yang diambil kira ialah:

a) Kekurangan tenaga kerja

–  –  –

e) Kekurangan dari segi kemudahan seperti bilik dan maklumat.

Selain daripada itu, semasa sesi pembentangan, pelatih juga memberikan pandangan mengenai pengalaman mereka melawat komuniti (turun padang) dan menyatakan rasa simpati terhadap komuniti tersebut. Wakil daripada UNHCR, Zaim menjelaskan yang mereka akan merancang lebih banyak projek turun padang bersama komuniti dan berharap para pelatih sendiri dapat terlibat dalam program tersebut.





Para pelatih berbesar hati dengan program yang dijalankan dan merasa puas hati dengan segala pengalaman yang ditimba menerusi program Bantuan Guaman mereka.

–  –  –

PUSAT BANTUAN GUAMAN MAJLIS PEGUAM (KUALA LUMPUR)

136 L A P O R A N TA H U N A N 2 0 1 1 / 1 2 • “Project Outreach” telah dilancarkan pada 23 Oktober 2010. Semenjak itu, “Projek Outreach” telah memberikan nasihat undang-undang, merujuk anakguam ke Badan-Badan berkenaan dan juga ke Pusat Bantuan Guaman Majlis Peguam (Kuala Lumpur) (“KLLAC”) untuk representasi. Semenjak setahun yang lalu, Projek meneruskan objektif utamanya; iaitu untuk tampil dan menyediakan khidmat bantuan guaman kepada komuniti. “Projek Outreach” ini telah diilhamkan oleh sekumpulan Pelatih Dalam Kamar (“PDK”) yang kini telah menjadi peguam dan beramal di dalam firma masing-masing. Walaupun masing-masing mempunyai jadual yang sibuk, ahli-ahli “Projek Outreach” masih boleh meluangkan masa untuk berbakti kepada masyarakat.

“Projek Outreach” berfungsi berdasarkan panduan daripada objektif asalnya sendiri, iaitu:

1. Untuk tampil dan membantu mereka yang memerlukan bantuan guaman, tidak kira bangsa, agama atau status sosial;

2. Untuk mendidik masyarakat berkenaan dengan hak dan kedudukan mereka dalam undang-undang dalam masalah yang mereka masing-masing alami;

3. Untuk membantu dan memberikan panduan kepada mereka untuk ke Pejabat atau Bahagian-bahagian yang berkenaan dengan permasalahan mereka;

4. Untuk melahirkan kesedaran dalam kalangan masyarakat awam mengenai kewujudan dan fungsi Pusat Bantuan Guaman dan Pejabat-Pejabat yang berkenaan yang lain.

Ketika kini, “Projek Outreach” mempunyai satu pusat sementara di Bricksfields dan beroperasi setiap hari Ahad daripada jam

10.00 pagi sehingga jam 3.00 petang. Pusat sementara ini beralamat di Tingkat 1, Wisma Koponas, Jalan Tun Sambathan, 50740 Brickfields, Kuala Lumpur (di atas CIMB). Pada setiap waktu, akan ada sekurang-kurangnya dua (2) orang ahli yang akan bertugas untuk membantu klien yang datang.

Semua ahli “Projek Outreach” adalah peguam yang berlesen dan telah melalui “in-house trainings” yang dianjurkan oleh KLLAC. Latihan ini dikendalikan oleh peguam-peguam berpengalaman yang mahir dalam bidang masing-masing seperti Undang-Undang Keluarga, Undang-Undang Pekerjaan, Undang-Undang Jenayah, Undang-Undang Imigresen, Prosedur Undang-Undang dan sebagainya. Bagi tujuan mengambil ahli baru, latihan akan diteruskan bagi memudahkan ahli baru untuk menyesuaikan diri dengan isu-isu undang-undang, kaedah dan tatacara memberi nasihat dan bahan-bahan rujukan yang ada.

Walaupun bilangan klien yang melawat pusat sementara telah berkurangan, ahli “Projek Outreach” berhasrat untuk terus memasarkan dan mempromosikan hasrat “Projek Outreach” ke setiap pelusuk Kuala Lumpur dan meluaskan pendedahan dengan meneruskan pengumuman dan iklan dalam radio. Pada masa yang sama, “Projek Outreach” juga telah mengucapkan selamat tinggal kepada beberapa ahli yang terpaksa menamatkan perkhidmatan sebagai ahli disebabkan faktor tugas di pejabat masing-masing. Oleh itu, ahli “Projek Outreach” bercadang untuk mengambil masuk ahli baru bagi meneruskan hasrat dan objektif pasukan “Projek Outreach”.

Selain itu, semangat setiakawan dan tolong-menolong dalam kerja-kerja amal masih kuat dalam kalangan ahli “Projek Outreach”. Kami masih lagi mencari jalan dan cara untuk meneroka “Projek Outreach” yang berpotensi tinggi. Salah satu agenda yang ingin dilakukan pada Januari 2012 adalah untuk menubuhkan pusat sementara dalam lingkungan Pusat Komuniti Ozanam di Jalan Klang Lama. Kolaborasi ini boleh dijalankan dengan adanya cadangan daripada KLLAC dan juga permintaan daripada Pusat Komuniti Ozanam untuk mendapatkan nasihat undang-undang mengenai isu-isu yang dialami oleh penduduk dan komuniti setempat. Oleh itu, “Projek Outreach” akan mula beroperasi di pusat sementara yang kedua bermula tahun kedua penubuhannya.

Sebagai rumusan, walaupun “Projek Outreach” masih belum mengembangkan operasinya, kami masih berharap untuk terus tampil kepada komuniti dan mencapai objektif asas kami. Kami juga ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan jutaan terima kasih kepada KLLAC dan semua pihak-pihak yang telah tampil dan membantu menjayakan “Projek Outreach” sepertimana ianya berdiri pada hari ini dan berharap agar bantuan akan terus diberikan dengan pembukaan pusat sementara kedua, dan untuk keperluan masa hadapan.

–  –  –

Sejak beberapa tahun sebelumnya, kita telah menyaksikan beberapa situasi di mana orang awam telah ditangkap dan ditahan kerana telah mengambil bahagian dalam perhimpunan dan perarakan secara aman. Mereka yang telah ditahan adalah sangat terdedah/tidak dilindungi dan lazimnya tidak mempunyai akses kepada peguam/khidmat nasihat peguam. Dalam situasi ini, mereka tidak menyedari sepenuhnya hak-hak mereka dan pelbagai pilihan mereka.

Memandangkan kepada semua insiden yang dinyatakan di atas, kami dapati bahawa apabila orang awam ditangkap dan ditahan tanpa sebab/alasan yang sah dari segi undang-undang, Pusat Bantuan Guaman Majlis Peguam (Kuala Lumpur) telah berdiri untuk menghulurkan tangan kepada orang awam. Adalah perlu diambil perhatian bahawa Pasukan ‘Urgent Arrest’ telah digerakkan, dilatih dan ditubuhkan untuk menyediakan bantuan guaman dan peguam kepada mereka yang telah ditahan. Pasukan ‘Urgent Arrest’ ini ditubuhkan oleh sekumpulan peguam sukarela daripada Pusat ini yang telah menerima latihan undang-undang dan berkemahiran untuk membantu semasa penangkapan secara beramai-ramai.

Tahun ini, melalui permintaan, Pasukan ‘Urgent Arrest’ berada dalam keadaan bersiap sedia untuk beberapa peristiwa,

antaranya:

–  –  –

Bagi menjadikan lebih cekap dan berkesan dalam mengurus dan mengendalikan situasi ini, BCLAC (KL) telah memperbaharui/ mengemaskini Latihan Manual ‘Urgent Arrest’ pada tahun lepas. Manual ini telah diuji dengan cara latihan yang dihadiri oleh kira-kira 25 peserta. Bagi tahun ini, latihan manual ini menjadi lebih berkesan.Sejurus sebelum Perhimpunan Bersih, Pusat ini telah mengadakan latihan di mana lebih daripada 150 orang peserta telah menghadiri dan mengambil manfaat daripada latihan tersebut.

–  –  –

PENGENALAN Jawatankuasa BULLET (Hak-Hak Haiwan) (“Jawatankuasa”) Pusat Bantuan Guaman Majlis Peguam (Kuala Lumpur) telah ditubuhkan pada tahun 2010 oleh Pengerusi KLLAC, Ravin Singh.

Objektif utama Jawatankuasa ini adalah untuk menggalakkan kebajikan haiwan di Malaysia melalui pembaharuan undangundang terkini mengenai hak-hak haiwan Malaysia yang dilihat sebagai ketinggalan zaman berbanding dengan undangundang di negara-negara maju yang lain. Jawatankuasa ini bertujuan untuk segera meningkatkan kesedaran di kalangan orang ramai mengenai tanggugjawab dalam berurusan dengan haiwan dengan cara yang lebih berperikemanusiaan.

Jawatankuasa ini akan secara khususnya memberi tumpuan kepada undang-undang yang sedia ke atas hak asasi haiwan di Malaysia dan mencadangkan pembaharuan terhadap undang-undang berkenaan, sebagai contoh hukuman maksimum yang boleh dikenakan ke atas pesalah yang bertindak kejam terhadap haiwan dibawah seksyen 44 Akta Haiwan 1953 hanyalah RM200 atau penjara tidak lebih dari 6 bulan atau kedua-duanya sekali. Hukuman tersebut di lihat sebagai ringan berbanding dengan hukuman yang dikenakan oleh negara-negara maju yang lain dan menunjukkan bahawa kekejaman terhadap haiwan adalah kesalahan yang ringan yang boleh dipandang remeh.

Selain itu, kekurangan undang-undang yang melindungi kebajikan haiwan boleh menimbulkan sikap acuh tidak acuh oleh masyarakat terhadap perlindungan hak asasi haiwan di Malaysia.

Oleh itu, Jawatankuasa ini merancang untuk membuat kajian perbandingan undang-undang kebajikan haiwan dengan negara-negara maju yang lain seperti Switzerland dan England bagi merangka undang-undang haiwan yang lebih sesuai dan boleh diaplikasikan di Malaysia. Jawatankuasa juga berharap untuk berhubung dengan badan-badan berkaitan dan pihak berkuasa di Malaysia bagi mendapatkan pandangan yang lebih lanjut terhadap prosedur-prosedur penguatkuasaan yang akan diadaptasikan di bawah undang-undang yang diperbaharui.

AKTIVITI-AKTIVITI SETAKAT 15 DISEMBER 2011 Jawatankuasa ini masih di peringkat awal dan pada masa ini, Jawatankuasa ini sedang melaksanakan perkara-perkara yang

berikut:

i) untuk menganalisa peruntukan undang-undang yang sedia ada mengenai Haiwan di Malaysia;

ii) untuk membuat kajian perbandingan undang-undang haiwan di Malaysia dengan undang-undang haiwan di negaranegara lain dan menyenaraikan amalan-amalan yang terbaik yang boleh diguna pakai di Malaysia; dan iii) untuk membincangkan penemuan-penemuan dan mengemukakan satu cadangan terhadap pembaharuan undangundang yang mengandungi satu struktur panduan berkaitan dengan rawatan haiwan, pencegahan penganiayaan haiwan, penguatkuasaan undang-undang haiwan dan perlaksanaan hukuman yang sewajarnya untuk kesalahan penganiayaan haiwan.

–  –  –

KEKUATAN • Komitmen yang diberikan oleh ahli-ahli dalam menyelidik tentang undang-undang haiwan daripada bidangkuasa lain.

• Komitmen yang diberikan oleh ahli-ahli untuk mengemukakan idea-idea bagi perlaksanaan dan seterusnya meningkatkan kebajikan Haiwan di Malaysia.

• Kesungguhan dalam membuat perubahan terhadap undang-undang kebajikan haiwan selaras dengan negara-negara maju yang lain.

–  –  –

• kekurangan sokongan daripada orang awam yang menganggap kebajikan haiwan tidak material berbanding dengan kesalahan lain • Tindakan selanjutnya daripada semua ahli Jawatankuasa boleh mengambil masa yang lama disebabkan komitmen kerja yang lain Jawatankuasa ini berharap untuk meneruskan perjuangan mereka untuk meningkatkan Kebajikan Haiwan-Haiwan dalam tahun-tahun mendatang kelak.

–  –  –

PENGENALAN Jawatankuasa Reformasi Undang-Undang dan Penyelidikan Pusat Bantuan Guaman Majlis Peguam (Kuala Lumpur) telah diperkenalkan pada 2010 yang terdiri daripada sebuah kumpulan peguam-peguam muda dan pelatih-pelatih dalam kamar yang bersemangat dan mempunyai minat yang mendalam terhadap bantuan guaman. Jawatankuasa ini adalah hasil daripada Sesi Latihan Lanjutan Perjumpaan yang dikendalikan oleh Program Kesedaran Undang-Undang pada 20 Ogos 2010 untuk sukarelawan yang telah menunjukkan minat untuk menyertai Bantuan Guaman sebagai sukarelawan.



Pages:     | 1 |   ...   | 15 | 16 || 18 |


Similar works:

«NEWS COVERAGE Publication: The Speaking Tree The Times of India Date: March 12, 2014 Online Blogs Edition: Online Blog #1 Page: Blogs BLOGS Ananda Journal: The first two days in California By: Narayani Ganesh on Mar 12, 2014 | 2425 Views | 39 Responses Pilgrimage Tags : Pilgrimage, Happiness, Community, Ananda, California Ananda Journal: The first two days in California NARAYANI GANESH DAY ONE March 10, 2014, Monday Arrive in San Francisco, met by Santoshi Nancy Kendall, long time Raja Yoga...»

«Institut Pendidikan Guru Kampus Dato’ Razali Ismail Role Play, Dance, Mime as Language Arts – for DPLI Notes for DPLI Language Arts Course Ruth Wickham, Brighton Education Training Fellow, IPGKDRI Role Play, Dance, and Mime as Language Arts – for DPLI Contents Use Role Play, Dance and Mime in Language Activities ROLE PLAY DANCE MIME Line-Up Role-Play – Making Plans Focus: Preparation: Introduction: Role-play Activity: Bibliography Ruth Wickham, Brighton Education Training Fellow,...»

«ISLAMIC SECURITIZATION A LEGAL APPROACH ISLAMIC SECURITIZATION A LEGAL APPROACH by Haluk Gurulkan, LL.M. Finance Istanbul October 2010 This study has been prepared by the attorney of our Law Firm, Haluk Gurulkan, Esq, as an LL.M. thesis and presented to to the Institute For Law and Finance at Johann Wolfgang Goethe University, Frankfurt am Main. Çektir&Başarı Law Firm Çektir&Başarı is a premium full service Turkish law firm with a culture of international performance. We provide...»

«FILED United States Court of Appeals Tenth Circuit UNITED STATES COURT OF APPEALS February 23, 2016 FOR THE TENTH CIRCUIT _ Elisabeth A. Shumaker Clerk of Court ROBERT D. GANDY, Plaintiff Appellant, v. No. 15-1164 (D.C. No. 1:12-CV-03331-MSK-MJW) JERRY BARBER, Teacher II, Arkansas (D. Colo.) Valley Correctional Facility; RICK MARTINEZ, Programs Manager, Arkansas Valley Correctional Facility; STEVE HARTLEY, Warden, Arkansas Valley Correctional Facility; RICK RAEMISCH, Director, Colorado...»

«Rich Social Interaction in an Online Community for Learning Deborah Tatar James Gray Judith Fusco SRI International CILT and SRI International SRI International deborah.tatar@sri.com jim.gray@sri.com judi.fusco@sri.com Keywords: Communities of Practice, Communities, Collaboration, Teacher Professional Development, Learning, Qualitative Methodology, Discourse, MUVEs, MOOs ABSTRACT Synchronous online communities for learning have been criticized because participant contributions do not seem to...»

«Introduction to Milling Tools and their Application Identification and application of cutting tools for milling The variety of cutting tools available for modern CNC milling centers makes it imperative for machine operators to be familiar with different types of milling cutters and how they are applied to everyday milling processes. This course curriculum contains 16-hours of material for instructors to get their students ready to identify different types of milling cutters and their uses....»

«2015 BUSINESS EDUCATION RESEARCH CONFERENCE PROCEEDINGS Sponsored by Association for Research in Business Education National Association for Business Teacher Education National Business Education Association P a g e | 2 Table of Contents Page Full Papers A Comparative Review of Mississippi Business Teacher Certification Methods.7 Pamela Scott Bracey, Mississippi State University, Mississippi State, MS Michelle Taylor. Mississippi State University, Mississippi State, MS An Emerging Trend: Cloud...»

«Ida B... and Her Plans to Maximize Fun, Avoid Disaster, and (Possibly) Save the World by Katherine Hannigan NOVEL STUDY ©Arlene Manemann 2013 © Arlene Manemann: The English Page. The receiver of this document is granted permission to reproduce the pages in needed quantities for the purchaser's classroom only. Minor editing is allowed; the document remains under copyright even when edited. Duplication for other classes or by other teachers or for use in wide distribution as within a school...»

«The Nashville Shakespeare Festival EDUCATOR’S GUIDEBOOK Henry V By William Shakespeare Directed by Nat McIntyre/Costume Design by June Kingsbury Set Design by Morgan Matens/Lighting Design by Anne Willigham Music by The Princely Players Fight Choreography by Eric Pasto Crosby Education Sponsor: Table of Contents Note from the Education Director, Nettie Kraft Note from the Director, Nat McIntyre Henry V Synopsis by Nettie Kraft Setting the Scene by Katie Stueckle Henry V Dramaturgy by Chad...»

«A TEACHER’S GUIDE TO THE PENGUIN EDITION OF JOHN STEINBECK’S OF MICE AND MEN By ARTHEA J.S. REED, Ph.D.SERIES EDITORS: W. GEIGER ELLIS, ED.D., UNIVERSITY OF GEORGIA, EMERITUS and ARTHEA J. S. REED, PH.D., UNIVERSITY OF NORTH CAROLINA, RETIRED A Teacher’s Guide to John Steinbeck’s Of Mice and Men 2 NOTE TO THE TEACHER This guide is designed to assist teachers in moving students beyond the surface story of Steinbeck’s novella. The prereading activities prepare students for what they...»

«International Journal of Architectural Research Abimbola Asojo INSTRUCTIONAL STRATEGIES FOR TEACHING CROSS-CULTURAL DESIGN: A Pedagogical Example Using Nigerian and South African Spatial Forms Abimbola Asojo University of Minnesota aasojo@umn.edu Abstract This paper discusses instruction on Nigerian and South African spatial forms presented to a Design studio in a Southwestern US University. The goal was to increase students’ ability to synthesize design ideas for different cultural settings...»

«Rev.Phil.Psych. (2010) 1:583–592 DOI 10.1007/s13164-010-0025-0 The Guru Effect Dan Sperber Published online: 6 March 2010 # Springer Science+Business Media B.V. 2010 Abstract Obscurity of expression is considered a flaw. Not so, however, in the speech or writing of intellectual gurus. All too often, what readers do is judge profound what they have failed to grasp. Here I try to explain this “guru effect” by looking at the psychology of trust and interpretation, at the role of authority...»





 
<<  HOME   |    CONTACTS
2017 www.sa.i-pdf.info - Abstracts, books, theses

Materials of this site are available for review, all rights belong to their respective owners.
If you do not agree with the fact that your material is placed on this site, please, email us, we will within 1-2 business days delete him.