WWW.SA.I-PDF.INFO
FREE ELECTRONIC LIBRARY - Abstracts, books, theses
 
<< HOME
CONTACTS



Pages:     | 1 |   ...   | 14 | 15 || 17 | 18 |

«THURSDAY 23RD FEBRUARY 2012 02:00 PM AUDITORIUM, WISMA MCA JALAN AMPANG, KUALA LUMPUR KUALA LUMPUR BAR COMMITTEE 2011/12 L to R (Front): Mary Tan ...»

-- [ Page 16 ] --

STATISTIK Setakat 29 Disember 2011 Program Dock Brief telah mewakili 3,120 anakguam di Mahkamah Majistret Jenayah di Kuala Lumpur di Jalan Duta. Jadual dibawah menunjukkan jumlah kes yang telah dijalankan mitigasi oleh para pelatih dalam kamar:STATISTIK PROGRAM DOCK BRIEF BAGI JANUARY - DISEMBER 2011

–  –  –

KELEMAHAN • Mahkamah tidak mengiktiraf mitigasi yang dijalankan oleh para pelatih dalam kamar. Tiada perbezaan di dalam hukuman yang diberikan kepada klien sama ada ianya telah dilakukan oleh para pelatih dalam kamar atau oleh klien itu sendiri.

• Program ini juga menghadapi kesusahan dalam mencapai objektifnya disebabkan oleh masalah peguam “touting”.

CADANGAN

Untuk membaiki kejayaan Program ini, tindakan berikut adalah dicadangkan:

• meningkatkan hubungan dan kerjasama dengan pihak berkuasa;

• lebih pendedahan dan latihan diberikan kepada pelatih-pelatih dalam kamar;

–  –  –

Secara keseluruhannya, ahli-ahli jawatankuasa program ini sentiasa sibuk sepanjang tahun 2011

5. PUSAT BANTUAN GUAMAN MAJLIS PEGUAM (KUALA LUMPUR) LAPORAN PROGRAM

PENJARA (PENJARA SUNGAI BULOH, PENJARA WANITA KAJANG, PENJARA MIGRASI,

PENJARA JUVANA KAJANG DAN RUMAH REMAN JUVANA)

Laporan disediakan oleh Ramesh Lachmanan, Ketua Projek dan Sekreteriat

–  –  –

PENGENALAN Klinik ini telah dimulakan pada bulan Disember 1997 di Penjara Sungai Buloh (“SBP”) dan secara beransur-ansur ianya telah diterapkan kepada program-program lain yang berkaitan seperti Penjara wanita Kajang (“KWP”) pada tahun 2000, Penjara Migrasi Wanita (“KWMP”) pada bulan September 2003 dan Penjara Migrasi Sungai Buloh (“SBMP”) pada bulan Mei 2004.

Selain itu, Program Rumah Reman Juvana (“JRH”) telah dimulakan pada tahun 2001 dan ianya telah diperkenalkan kepada Penjara Juvana Kajang (“KJP”) dalam tahun 2007.

Pada bulan Mac 2005, kelima-lima Klinik Penjara iaitu SBP, SBMP, KWP, KWMP, KJP, JRH telah beroperasi di bawah satu program yang sama. Malah, Pusat Bantuan Guaman juga telah bekerjasama dengan Pusat Bantuan Guaman Selangor (“Selangor LAC”) dengan membenarkan Pelatih-pelatih dalam kamar mereka menyertai program Klinik Penjara Sungai Buloh sejak bulan Jun 2005.

Sepanjang tahun 2011, ahli-ahli jawatankuasa telah:

1. Mengadakan 4 (empat) mesyuarat ahli jawatankuasa untuk membincangkan pelbagai isu yang berkaitan dengan program ini dan rancangan Pelan Tindakan untuk sepanjang tahun 2011.

2. Ahli jawatankuasa juga telah mengadakan 4 (empat) Program Latihan Penjara untuk pelatih-pelatih dalam kamar dari Kelompok 65, 66, 67 dan 68. Sebanyak 100 orang pelatih dalam kamar telah hadir pada sesi latihan tersebut.

3. Ahli jawatankuasa juga telah mengadakan 4 (empat) Analisa Pertengahan Tahun untuk pelatih-pelatih dalam kamar yang terlibat di dalam Program Penjara.

AKTIVITI-AKTIVITI LAIN:

SESI SUAI KENAL PENJARA

• Pada 23 November 2011, pihak Penguatkuasa Penjara telah berjaya mengadakan sesi suai kenal dan majlis makan malam untuk kesemua penguatkuasa Penjara dan pelbagai Pihak Berkuasa untuk Jabatan Kerajaan. Seramai 60 orang tetamu telah hadir pada sesi tersebut antaranya ialah, Penguatkuasa-penguatkuasa Penjara dari Penjara Sungai

–  –  –

PUSAT BANTUAN GUAMAN MAJLIS PEGUAM (KUALA LUMPUR)

STATISTIK UNTUK BULAN JANUARI KE DISEMBER 2011

POPULASI TAHANAN REMAN, KLIEN-KLIEN DAN STATUS FAIL

–  –  –

Pada tahun 2011, sebanyak 84 fail baru telah dibuka dan sebanyak 76 fail telah ditugaskan kepada peguam-peguam sukarela. Sila rujuk statistik di atas. Objektif utama ahli-ahli jawatankuasa untuk tahun ini adalah untuk mendapatkan sebanyak mungkin peguam-peguam sukarela untuk mengambil alih kes-kes dari pusat ini dan sambil itu mengurangkan jumlah kes-kes yang tidak ditugaskan. Sebagai sebahagian daripada objektifnya, pihak jawatankuasa telah memutuskan bahawa setiap ahli jawatankuasa harus mengambil sekurang-kurangnya satu (1) fail untuk mengurangkan kes-kes yang tidak ditugaskan dan ini jelas terlihat terdapat pengurangan di dalam statistik untuk jumlah kes yang ditugaskan pada tahun ini seperti di atas.

KELEMAHAN • Untuk anakguam dari Pusat Bantuan Guaman dari negeri-negeri lain, kami hanya boleh memberikan nasihat dan perkara tersebut akan dirujuk kepada Pusat Bantuan Guaman di negeri yang berkenaan.

• Kekurangan maklum balas terhadap kes-kes yang dirujuk kepada Pusat Bantuan Guaman di negeri-negeri lain.

• Program ini juga menghadapi kesusahan untuk mencapai objektifnya. Cabaran utama adalah untuk mendapatkan peguam sukarelawan yang baru untuk mewakili anakguam.

CADANGAN

Untuk mempertingkatkan kejayaan bagi Program Klinik Penjara ini, cadangan-cadangan ini adalah disyorkan:

• Untuk mengurangkan banduan reman dikalangan golongan berpendapatan rendah di dalam kelompok masyarakat kini;

–  –  –





• Untuk meningkatkan hubungan dan kerjasama dengan pihak berkuasa;

• Meletakkan iklan KLLAC di Penjara dan Rumah Tahanan Juvana agar mudah untuk orang awam dan ahli keluarga mereka menghubungi pihak KLLAC.

6. PUSAT BANTUAN GUAMAN MAJLIS PEGUAM (KUALA LUMPUR) LAPORAN KLINIK

SYARIAH Laporan disediakan oleh Nurulsabariah binti Mohd, Ketua Projek Bersama

–  –  –

Klinik Syariah ini beroperasi di Sekretariat dan dibuka dari Isnin hingga Jumaat bermula jam 10.00 pagi hingga 4.30 petang. Klinik ini dikendalikan oleh para Pelatih Dalam Kamar dan dipantau oleh para Peguam Syariah yang bertauliah dan berpengalaman.

Para Pelatih Dalam Kamar yang menyertai program ini telah diberikan kursus intensif selama setengah hari, di mana kursus ini memberi fokus kepada kes-kes Syariah Sivil, Jenayah dan Prosedur-prosedur yang terlibat. Mereka juga turut dikehendaki untuk menyertai kursus Klinik Bantuan Guaman selama sehari dan diberikan taklimat/pendedahan umum mengenai bidang undang-undang jenayah, pekerjaan, keluarga serta skil-skil dan teknik-teknik untuk menemubual klien. Ini adalah untuk memastikan para Pelatih Dalam Kamar yang menyertai program ini mendapat persediaan dan pendedahan yang mencukupi sebelum mereka memulakan tugas di Klinik Bantuan Guaman. Kesemua ahli jawatankuasa program juga telah memainkan peranan yang aktif dalam memantau dan menyampaikan input semasa kursus dikendalikan dengan bantuan daripada pegawai-pegawai Klinik Bantuan Guaman. Pada tahun ini, kursus intensif telah dikendalikan dalam bentuk bengkel di mana para peserta telah dibahagikan kepada beberapa kumpulan di dalam slot-slot yang berbeza bagi membolehkan mereka berkongsi pendapat dan pandangan dengan peserta-peserta kursus yang lain.

Berikut merupakan statistik kes-kes yang dikendalikan oleh Klinik Syariah:

–  –  –

Kebanyakan kes yang diterima oleh Klinik Syariah adalah berkenaan dengan kes-kes seperti permohonan penceraian, pengesahan penceraian, permohonan perintah kembali taat, tuntutan nafkah dan tuntutan harta sepencarian. Pertambahan ini menunjukkan terdapatnya peningkatan kesedaran di kalangan pasangan suami isteri mengenai hak-hak mereka menurut Syariah di dalam sesebuah perkahwinan ataupun penceraian.

Melihat kepada senario di atas, Jawatankuasa Syariah berhasrat untuk mengendalikan lebih banyak projek-projek jangka panjang pada masa hadapan untuk memberikan pengetahuan, meningkatkan kesedaran dan pemahaman kepada umum mengenai hak-hak mereka menurut undang-undang Syariah. Lebih-lebih lagi, projek-projek seperti di Taman Faderson, Kepong dan Semua House, Jalan TAR dilihat membuahkan kejayaan yang memberangsangkan. Selain itu, sebagai salah satu usaha untuk meningkatkan lagi tahap keefisyenan servis Klinik Syariah, pihak jawatankuasa turut optimis untuk mengadakan perjumpaan dengan wakil-wakil daripada Majlis-Majlis Agama Negeri ataupun Mahkamah-Mahkamah Syariah bagi membincangkan isu-isu yang timbul, prosedur-prosedur serta meninjau peluang untuk sebarang usaha sama di antara

–  –  –

Akhir sekali, kami berbesar hati kerana dapat menjadi sebahagian daripada kumpulan ini dan ingin menambil kesempatan untuk mengucapkan jutaan terima kasih kepada pihak pengurusan, kakitangan, Jawatankuasa Syariah, peserta program serta para sukarelawan di atas masa, tenaga dan komitmen yang dicurahkan dalam memastikan Klinik Syariah ini berjalan lancar. Terima kasih.

–  –  –

PENGENALAN Klinik Pusat Bantuan Guaman (PBG) terletak di Tingkat 9, Wisma Kraftangan adalah program utama bagi pusat ini.

Klinik PBG dibuka untuk orang awam pada hari Isnin hingga hari Jumaat semasa waktu pejabat. Orang ramai datang ke Klinik ini untuk meminta nasihat dan bantuan dalam hal-hal jenayah, pekerjaan, keluarga, sivil dan lain-lain lagi.

Pelatih dalam Kamar akan menemuramah, memberi nasihat dan bantuan kepada orang awam ini. Untuk membantu dalam Klinik PBG ini pelatih-pelatih mendapat latihan dalam pelbagai jenis undang-undang dan skil temuduga yang diperlukan.

Pelatih-pelatih dibantu oleh Penyelia yang boleh di hubungi oleh telefon atau berada di sini. Pelatih-pelatih juga dibantu oleh ahli jawatankuasa Klinik PBG.

Bagi pihak Ahli Jawatankuasa dan Sekretariat, kami sangat menghargai jasa dan sumbangan ahli jawatankuasa dan peguam sukarela dan juga penceramah undangan yang telah berpenat lelah memberi latihan kepada semua pelatih sebelum bermulanya tugasan di Pusat Bantuan Guaman.

Setakat ini, Penyelia Klinik PBG yang berkaliber dan berpengalaman telah berjaya mengawasi pelatih-pelatih dengan baik.

Kami berharap semua peguam sukarela dapat singgah seketika di Sekretariat bagi mengawasi semua pelatih-pelatih sebaik mungkin serta nasihat-nasihat yang diberikan oleh pelatih.

Antara objektif Klinic PBG adalah untuk menggalakkan pelatih atau peguam untuk mengenalpasti peranan dan tanggungjawab sebagai peguam yang serba boleh dalam masyarakat kita. Di samping itu, ia juga dapat membantu meningkatkan tanggunggjawab sosial dan memberi kesedaran kepada hak-hak asasi manusia, keadilan dan undang-undang selain memberi kesedaran dan pemahaman tentang masyarakat amnya. Selain itu, mereka juga dapat memahami cara-cara untuk berinteraksi dan berkomunikasi dan dapat mengetahui punca masalah-masalah yang berlaku di Malaysia.

Akhir kata, Klinik PBG sedang berusaha untuk memupuk dan meningkatkan komitmen bagi jangka masa panjang terhadap bantuan guaman dan hak-hak asasi manusia di kalangan generasi muda, walaupun tempoh 14 hari tugasan di Pusat Bantuan Guaman dalam tempoh latihan telah pun berakhir.

STATISTIK Setakat 30 November 2011, seramai 2849 orang telah ditemuramah. Ini menunjukkan peningkatan jika dibandingkan dengan tahun sebelumnya iaitu seramai 2362 orang yang telah ditemuramah. Daripada 2849 yang ditemuramah, seramai 137 orang telah diberikan bantuan dari segi khidmat peguam bagi mewakili mereka dan seramai 1192 orang telah diberi khidmat nasihat sahaja. Seramai 1373 pemohon yang datang telah dirujuk kepada klinik-klinik lain, badan Kerajaan dan pusat bantuan guaman di negeri-negeri lain.

PUSAT BANTUAN GUAMAN MAJLIS PEGUAM (KUALA LUMPUR)

130 L A P O R A N TA H U N A N 2 0 1 1 / 1 2 •

AKTIVITI-AKTIVITI LAIN DI KLINIK PBG

Pada 23 December 2011, Klinik PBG telah mengadakan mesyuarat dengan Jabatan Bantuan Guaman (JBG). Antara isuisu yang dibincangkan ialah bidangkuasa JBG, kelayakan pemohon, waktu beroperasi, tenaga kerja dalam JBG, dan juga kerjasama antara JBG dan KLLAC. Tujuan utama mesyuarat tersebut adalah untuk mengenalpasti bidangkuasa JBG bagi mengelakkan salahfaham atau pertindihan bidangkuasa dan untuk membantu meningkatkan pemahaman yang lebih baik antara dua organisasi ini.

Pada 8 Oktober 2011, Klinik PBG telah menganjurkan “Mini Outreach” di Pasar Malam Jalan Tuanku Abdul Rahman. Tujuan program ini adalah untuk memberi kesedaran di kalangan masyarakat tentang kewujudan Klinik PBG dan menerangkan kepada mereka bidangkuasa klinik ini. Sepanjang program ini, terdapat 5 klien yang datang bertanyakan mengenai hal-hal perceraian, harta sepencarian, hal-hal berkaitan pengguna, dan tuntutan-tuntutan sivil yang lain.

KEBAIKAN Kebaikan Klinik PBG sesungguhnya wujud dalam program ini sendiri. Ini dapat dibuktikan lagi dengan peningkatan bilangan anakguam yang datang ke Klinik PBG. Tambahan lagi, pelatih-pelatih itu sendiri yang berkhidmat di Klinik PBG adalah kekuatan PBG; yang mana sudah semestinya mustahil untuk temuramah diadakan tanpa kewujudan mereka.

Selain itu juga, kekuatan Klinik PBG ini terletak pada kakitangan Klinik PBG itu sendiri dikuatkan lagi dengan kerjasama dan usaha pelatih-pelatih dan juga peguam sukarela yang membantu. Walaupun bilangan mereka sedikit, namun kehadiran mereka telah melancarkan perjalan serta operasi harian Klinik ini.

KELEMAHAN Secara dukacitanya, sesetengah pelatih dalam kamar mempunyai sifat sambil lewa serta ambil mudah terhadap tugasan mereka. Ini jelas terbukti melalui “Interview sheets” yang perlu diisi oleh mereka, adakalanya tidak jelas serta tidak dilengkapkan dengan fakta-fakta yang diperlukan untuk tindakan selanjutnya pihak Pusat Bantuan Guaman.

Dalam sesetengah situasi, semasa menjalankan temuramah, pelatih dalam kamar turut memberi nasihat tanpa berunding serta mendapatkan pandangan daripada peguam yang menyelia (sama ada melalui telefon atau secara perseorangan).

Sesungguhnya, kecuaian ini boleh mencemarkan reputasi Klinik PBG jika didapati nasihat yang diberikan adalah kurang tepat.

Selain itu, antara masalah lain yang dihadapi oleh Klinik PBG adalah kekurangan peguam sukarela yang berminat untuk menjalankan tugasan ini dan hadir di Klinik PBG untuk menyelia pelatih-pelatih. Masih lagi ada ruang untuk peningkatan dalam hal ini.

RUMUSAN Keseluruhan jawatankuasa secara aktif terlibat di dalam latihan dengan pertolongan daripada peguam berpengalaman.

Kami terhutang budi kepada para peguam sukarela kami iaitu Encik Chandrasegaran A/L Rajandran, Encik Muhendaran Sri, Encik Arimuthu A/L Peritamby, Cik Sheela Devi A/P Palanisamy, Cik Janice Anne Leo Selvanathan, Encik Abd Shukor Bin Tokachil, Encik Lo Yean Meow, Cik Santha Menon Bhaskara dan Encik vijaya Kumar a/l Nadayson Murugiah yang sudi meluangkan masa berharga mereka untuk Klinik PBG.

8. PUSAT BANTUAN GUAMAN MAJLIS PEGUAM (KUALA LUMPUR) LAPORAN KLINIK

PERUNDANGAN PBG/PTF/MAC Laporan disediakan oleh Preetam Kaur, Ketua Projek dan Sekretariat

–  –  –

Sorotan dan Cover Title daripada Berita...

(Petikan-petikan) •...Satu Kumpulan Penunjuk Perasaan AntiGay...

•...Anti-Seksualiti Merdeka berarak ke Parliamen di dalam membangkang hak gay...

•...Seksualiti Merdeka tidak cuba untuk menggalakkan homoseksual...

•...Perayaan hak seksualiti tahunan, Seksualiti Merdeka adalah satu platform untuk rakyat Malaysia daripada pelbagai orientasi seksual dan identiti jantina untuk memberitahu kisah-kisah mereka dan bukan usaha transsexuality...

•...Perayaan ini adalah peluang bagi rakyat Malaysia untuk mendengar pihak kami cerita, mengapa selepas bertahuntahun cuba untuk menjadi orang lain, untuk menerima siapa diri kita,” katanya kepada the Sun...

B. APAKAH HAK MASYARAKAT TERPINGGIR DI MALAYSIA?

BACA INI DENGAN TELITI Perkara 1 Deklarasi Sejagat Hak Asasi Manusia, c3 Statut Westminster 1354, Perkara 5(1) Perlembagaan Persekutuan, Perkara 8(1) Perlembagaan Persekutuan, Perkara 8(2) Perlembagaan Persekutuan, Perkara 5(1) Perlembagaan Persekutuan, Perkara 10(1)(a) dan (b) Perlembagaan Persekutuan dan Perkara 160(1) Perlembagaan Persekutuan.

C. KLINIK PERUNDANGAN AHLI JAWATANKUASA PBG/PT/MAC



Pages:     | 1 |   ...   | 14 | 15 || 17 | 18 |


Similar works:

«Review and Reflections: Music and Dance Traditions of Ghana by Doris Green, M.A. Retired Fulbright Scholar/US Department Cultural Specialist President of Pan African Performing Arts Preservation Association Doris Green is an ethnomusicologist, musician, dancer, certified teacher of Labanotation, and creator of Greenotation, a system for notating the percussion instruments of African ensembles that enables one to notate the music, and align it with the dance movements, creating an integrated...»

«GUESS MY RULE REVISITED David W. Carraher Darrell Earnest TERC, Cambridge, MA, USA We present classroom research1 on a variant of the guess-my-rule game, in which nineyear old students make up linear functions and challenge classmates to determine their secret rule. We focus on issues students and their teacher confronted in inferring underlying rules and in deciding whether the conjectured rule matched the rule of the creators. We relate the findings to the tension between semantically and...»

«„Wychowanie w Rodzinie” t. VII (1/2013) Petro SIREDZHUK Narodowy Przykarpacki Uniwersytet im. Wasyla Stefanyka, Ukraina Nationalistic Upbringing of a Ukrainian Child Based on “Woman’s Lot” Magazine Nacjonalistyczne wychowanie ukraińskiego dziecka na podstawie czasopisma „Kobiecy Los” Streszczenie Artykuł przedstawia najważniejsze składniki idei pedagogicznych nacjonalistycznego wychowania ukraińskich dzieci, wyznawanych przez redaktor czasopisma „Kobiecy Los” Olenę...»

«NBER WORKING PAPER SERIES VALIDATING TEACHER EFFECT ESTIMATES USING CHANGES IN TEACHER ASSIGNMENTS IN LOS ANGELES Andrew Bacher-Hicks Thomas J. Kane Douglas O. Staiger Working Paper 20657 http://www.nber.org/papers/w20657 NATIONAL BUREAU OF ECONOMIC RESEARCH 1050 Massachusetts Avenue Cambridge, MA 02138 November 2014 We thank Raj Chetty for helpful discussions and comments. Thomas J. Kane served as an expert witness for Gibson, Dunn, and Crutcher LLP to testify in Vergara v. California....»

«A comparative study of international mindedness in the IB Diploma Programme in Australia, China and India July 2014 Dr Arathi Sriprakash Professor Michael Singh Dr Qi Jing Executive summary This report discusses findings from a qualitative study of international mindedness in the Diploma Programme (DP) in six International Baccalaureate (IB) schools in Australia, China and India. The aim is to provide a resource for the IB community of empirically based concepts and practices of international...»

«Send To Printer | Close Window Etudes Tutorials Learn to Work in an Online Classroom at WLAC: If you have never worked inside an online classroom at WLAC, please learn how to (a) equip your computer with the correct browser and (b) work inside our online classroom.1. Go to www.wlac.edu.2. Click on the Online/Hybrid Classes link in the upper right corner.3. In the top menu, click on Course Login Info.4. Scroll down the screen to the tutorials. 5. View/read the tutorials, as appropriate....»

«A peer-reviewed open-access journal ZooKeys 578: 115–160 (2016) The tiger beetles (Coleoptera, Carabidae, Cicindelinae) of Israel and adjacent lands 115 RESEARCH ARTICLE doi: 10.3897/zookeys.578.7383 http://zookeys.pensoft.net Launched to accelerate biodiversity research The tiger beetles (Coleoptera, Carabidae, Cicindelinae) of Israel and adjacent lands Andrey V. Matalin1,2, Vladimir I. Chikatunov3 1 Education-Scientific Centre Ecology & Biodiversity, Moscow State Pedagogical University,...»

«0/ander Role of the Teacher I 05 The Teacher's Rote in Student Motivation Mark A. Olander Motivating students is a central concern of conscientious teachers. The author argues that students respond best to material that has practical value for their future calling. Students also respond to teachers who shows a genuine love for them and who expresses that love and concern by carefully and creatively designed class sessions as well as by significant contact outside the classroom. Some combination...»

«Preventing Reduction in English Classrooms in Japan: Roles of Teachers and the Language Policy Michiko Kasuya for University of Birmingham MA TEFL/TESL Open Learning Program Assessment Task 4 for Sociolinguistics September 31, 1999 Reduction occurs widely in classrooms at all levels and in all contexts. List any instances from your own classroom of hygiene resources that you have used in the face of embarrassment. Compare your list with Mackay’s (below). Can you trace the origin of...»

«2016 Wheeling Symphony Young People’s Concerts Teacher’s Guide The Listener April 4, 5, 6, & 8 The Wheeling Symphony & Magic Circle Mime Company Present: The Listener 2016 Young People’s Concerts André Raphel, Conductor 2. A Letter from the Maestro 3. Meet the Wheeling Symphony Orchestra 4. The Conductor 5. The Concert Experience 6. Concert Etiquette 7. Introducing the Program 8 11. Meet the Mimes 12. Teaching Activity – Explore Mime 13. Teaching Activity – Be a Conductor 14....»

«Information Technology Solutions Reaching the Kinesthetic Learner Ronda J. Rhoden El Paso Community College Teachership Academy March 25, 2013 Abstract The Action Research Project examined whether changes in teaching techniques helped kinesthetic learners increase their grades and reduce the number of their withdrawals. A survey determined students’ learning preferences and extroversion or introversion. Results indicated that adding non-traditional activities had a neutral effect upon both...»

«A TEACHER’S GUIDE TO THE SIGNET CLASSICS EDITION OF W I L L A C AT H E R ’S MY ÁNTONIA JANE SHLENSKY by SERIES EDITORS: JEANNE M. McGLINN and JAMES E. McGLINN UNIVERSITY OF NORTH CAROLINA AT ASHEVILLE both at 2 A Teacher’s Guide to the Signet Classics Edition of Willa Cather’s My Ántonia TABLE OF CONTENTS Introduction List of Main Characters The Shimerda Family The Burden Famiily The Hired Girls The Harlings Synopsis of the Novel Pre-Reading Activities I. Building Background...»





 
<<  HOME   |    CONTACTS
2017 www.sa.i-pdf.info - Abstracts, books, theses

Materials of this site are available for review, all rights belong to their respective owners.
If you do not agree with the fact that your material is placed on this site, please, email us, we will within 1-2 business days delete him.