WWW.SA.I-PDF.INFO
FREE ELECTRONIC LIBRARY - Abstracts, books, theses
 
<< HOME
CONTACTS



Pages:     | 1 |   ...   | 13 | 14 || 16 | 17 |   ...   | 18 |

«THURSDAY 23RD FEBRUARY 2012 02:00 PM AUDITORIUM, WISMA MCA JALAN AMPANG, KUALA LUMPUR KUALA LUMPUR BAR COMMITTEE 2011/12 L to R (Front): Mary Tan ...»

-- [ Page 15 ] --

Pada tahun ini, Kumpulan ini telah bekerjasama untuk Perhimpunan Bersih 2.0 dengan sokongan ahli-ahli Majlis Peguam dan juga orang ramai. Kumpulan ini juga sentiasa dalam keadaan bersedia untuk bersama-sama dengan para pelajar, para pekerja, Majlis Peguam Malaysia (walk for freedom) dan juga masyarakat awam yang dipinggirkan sepertimana dalam pergerakan Seksualiti Merdeka baru-baru ini yang ramai telah tersalah erti.

Memandangkan terdapat tindakan yang berterusan diambil terhadap perhimpunan, Kumpulan Penahanan Segera akan terus wujud dan memberikan perkhidmatannya.

PROGRAM BARU - PROJEK OUTREACH

Projek Outreach yang bermula pada 2010 telah menjadi program tetap pusat ini pada tahun 2011. Projek Outreach adalah perkhidmatan yang disediakan oleh 15 peguam sukarelawan muda yang menjalankan klinik bantuan guaman pada setiap minggu di Brickfields iaitu pada setiap Hari Ahad dari 10 pagi hingga 3 petang. Klinik ini membantu masyarakat awam dalam memberikan nasihat undang-undang secara percuma. Projek Outreach akan meluaskan perkhidmatannya di Jalan Sentosa off Jalan Klang Lama pada bulan Januari 2012.

PROGRAM BARU - ‘COMMUNITY EDUCATION’ Program ini merupakan idea asal daripada Pengarah Eksekutif Pusat Bantuan Guaman di mana program “Community Education” ini sepatutnya telah lama ditawarkan kepada rakyat Malaysia.

Saya mendapat peluang untuk melatih peserta-peserta komuniti kumpulan pertama dalam hak-hak mereka semasa ditahan oleh polis dan juga prosedur-prosedur asas untuk tangkapan dan reman. Adalah mengejutkan untuk saya mengetahui bahawa perkara yang diambil mudah oleh para peguam sebenarnya tidak diketahui langsung oleh masyarakat diluar.

Walaubagaimapun, saya juga menyedari di dalam mendidik masyarakat ianya bukanlah satu proses sehala. Ia merupakan satu pengalaman berharga bagi saya dalam mempelajari tentang kehidupan realiti masyarakat terpinggir dan miskin apabila membabitkan undang-undang dan pihak berkuasa.

‘The Community Education Training’ menyediakan informasi asas berkaitan undang-undang kepada masyarakat berkenaan dengan hak-hak mereka di dalam isu-isu jenayah, sektor pekerjaan, keluarga dan sivil. Ianya adalah mustahil untuk melatih seseorang yang tiada kefahaman asas undang-undang dalam hanya satu sesi latihan untuk dia mewakili dirinya sendiri tetapi pengetahuan yang dia perolehi akan membantunya untuk lebih memahami dan mampu membuat keputusan yang betul apabila berdepan dengan situasi-situasi diatas.

PROGRAM BARU - ‘RESEARCH AND LAW REFORM COMMITTEE’

Sekumpulan peguam muda merasakan bahawa masyarakat awam perlu sedar tentang undang-undang di Negara kita dan menjadikan ia mudah di akses oleh masyarakat dan NGO. Tujuannya adalah untuk menggalakkan lebih ramai peguam untuk menolong masyarakat awam apabila mereka memerlukannya. Mereka juga telah mengeluarkan buku mesra-pelanggan yang pertama berkenaan dengan tahanan dan reman.

RANGKAIAN - MELAWAT KE PUSAT BANTUAN GUAMAN TEMPATAN DAN ANTARABANGSA

KLLAC telah menambah rangkaian klinik bantuan guaman untuk program-program dan latihan-latihan. Pusat ini juga mempunyai hubungan kerjasama dengan polis, pihak berkuasa penjara, jabatan kebajikan, dan jabatan-jabatan berkaitan.

Beberapa ahli panel dari Pusat ini telah melawat Pusat Bantuan Guaman dan menghadiri seminar di negara-negara luar dan secara tidak langsung mereka telah mempelajari guaman dari negara lain dan menghulurkan bantuan dalam mewujudkan sistem bantuan guaman.

PERLANCARAN - YAYASAN BANTUAN GUAMAN KEBANGSAAN (YBGK)

Majlis Peguam dan Pusat-pusat Bantuan Guaman sudah lama melobi kerajaan untuk melaksanakan bantuan guaman yang

PUSAT BANTUAN GUAMAN MAJLIS PEGUAM (KUALA LUMPUR)

120 L A P O R A N TA H U N A N 2 0 1 1 / 1 2 • ditanggung kerajaan. Dengan kesungguhan ahli Majlis Peguam terutamanya mantan Presiden Majlis Peguam, Encik Ragunath Kesavan, bekas Pengerusi KLLAC, Encik Ravi Nekoo, serta bantuan Ketua Pegawai Eksekutif, Encik Rajen Devaraj dan Pengarah Eksekutif KLLAC, Puan Stephanie Bastian,Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK) telah ditubuhkan dan dilancarkan secara rasmi pada bulan Februari 2011 oleh Perdana Menteri Malaysia.

Terdapat persoalan-persoalan yang diajukan tentang objektif sebenar YBGK. Secara ringkasnya, pada masa sekarang terdapat 80% individu yang didakwa dengan kesalahan jenayah tidak diwakili oleh peguam. YBGK ditubuhkan untuk mewakili warganegara Malaysia yang didakwa dengan kesalahan jenayah (tidak termasuk hukuman mati) dari masa ditahan sehingga peringkat rayuan.

Ahli-ahli YBGK telah pergi ke setiap negeri di Malaysia untuk melatih para peguam dalam pemahaman asas yayasan ini, termasuk juga ‘standard operating procedure’ dan juga pemahaman asas undang-undang yang di perlukan untuk melaksanakan tugas yayasan ini.

Yayasan ini sedang menunggu pengesahan daripada pihak polis dan juga Jabatan Peguam Negara untuk memulakan skim ini. Representasi di dalam undang-undang adalah satu hak sepertimana hak untuk mendapatkan rawatan perubatan.

PENUTUP Ini adalah Laporan Tahunan saya yang ketiga untuk KLLAC. Apa yang saya mampu katakan adalah saya tidak pernah mengenal erti penat. Setiap hari yang telah saya luangkan untuk KLLAC adalah hari yang penuh dengan pengalaman, kenangan dan cabaran.





TERIMA KASIH

Saya ingin berterima kasih kepada mereka yang disenaraikan di bawah ini (tidak mengikut turutan):

PESERTA LATiHAN YBGK

Saya mewakili semua para jurulatih ingin mengucapkan terima kasih atas kerjasama yang telah ditunjukkan oleh anda.

Berdasarkan latihan cemerlang yang diterima di setiap negeri, kami yakin bahawa program Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan ini akan menjadi suatu kenyataan. Kami menghargai penyertaan dan perwakilan anda di dalam program ini.

PEGuAM SuKARELA Kami ingin menekankan di sini bahawa kita tidak mungkin akan memperolehi kejayaan seperti hari ini tanpa sokongan padu daripada peguam sukarela yang sungguh berdedikasi dalam melaksanakan program ini. Kami ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan ribuan terima kasih kepada mereka.

PELATiH DALAM KAMAR

Program Bantuan Guaman yang wajib dihadiri selama 14 hari mungkin bukanlah suatu prospek yang menarik sebelum anda memulakan program ini. Namun saya percaya bahawa anggapan tersebut berubah setelah anda hampir menamatkan program ini. Kami Ahli Jawatankuasa KLLAC mengakui bahawa tunjang utama kami adalah para Pelatih Dalam Kamar yang banyak menggerakkan program dan aktiviti di KLLAC.

KETuA PRoJEK, AHLi PANEL PENGuRuSAN DAN PEMEGANG-PEMEGANG JAwATAN Ucapan terima kasih yang tidak terhingga kepada semua Ketua Projek, Ahli Panel Pengurusan - 2011, begitu juga pada tahun 2009 dan 2010. Walaupun terdapat perubahan di dalam Panel Pengurusan sepanjang tahun ini, saya dengan rasa rendah diri mengucapkan terima kasih kepada ahli yang telah berpindah kepada jawatankuasa lain di atas segala sokongan yang diberikan.

Kepada anda semua yang terus menyokong kami di dalam panel pengurusan, saya berterima kasih untuk segala bantuan anda.

Saya ingin berterima kasih kepada Setiausaha KLLAC, Cik Harleen Leena yang saya telah berpeluang bekerja bersama selama tiga tahun. Penolong setiausaha, Encik Abd. Shukor Tokachil dan Bendahari, Cik Rajesweri Paramasevam. Ia adalah satu penghormatan untuk bekerja bersama mereka bertiga. Sumbangan kamu telah menjadikan kerja saya sebagai Pengerusi lebih mudah.

KAKiTANGAN KLLAC Kepada Jessie, Mani, Jeeva, Chitrah, Elizabeth, Jayashree dan Sheena, saya gembira bekerja bersama kalian. Dedikasi dan sokongan kalian tanpa mengira waktu kerja telah memudahkan kerja kami.

–  –  –

3. PUSAT BANTUAN GUAMAN MAJLIS PEGUAM (KUALA LUMPUR) LAPORAN PROGRAM

KESEDARAN UNDANG-UNDANG (ORIENTASI)

Laporan disediakan oleh Surendran Sreetharan, Ketua Program

–  –  –

PENGENALAN Program Kesedaran Undang-Undang (“Program’) ini merupakan salah satu program utama Pusat Bantuan Guaman (KL) (“KLLAC”). Melalui program ini, Pelatih Dalam Kamar, yang merupakan tulang belakang Pusat, akan didedahkan kepada “dimensi sebenar” mengenai apa yang diperlukan dan dijangkakan daripada mereka sepanjang 14 hari tugasan wajib Bantuan Guaman (Legal Aid). Selanjutnya, program ini akan memperkenalkan kepada mereka terhadap pelbagai jenis klinik dan program yang diaturkan oleh KLLAC.

OBJEKTIF • Untuk membantu Pelatih Dalam Kamar menyelami dan memahami peranan dan tanggungjawab mereka sebagai peguam dalam masyarakat;

• Untuk memupuk rasa tanggungjawab sosial dan keprihatinan terhadap hak-hak kemanusiaan, peraturan undangundang dan keadilan di kalangan Pelatih Dalam Kamar;

• Untuk mendedahkan Pelatih Dalam Kamar kepada khidmat bantuan guaman dan juga memupuk minat dalam diri mereka serta meningkatkan komitmen yang berpanjangan terhadap bantuan guaman, hak samarata untuk mendapatkan keadilan, dimana ianya merangkumi lebih daripada tugasan wajib mereka dan pelbagai program/klinik KLLAC; dan • Untuk mendidik Pelatih Dalam Kamar untuk menggunakan pengetahuan undang-undang dan kemahiran mereka dalam memberi bantuan kepada mereka yang memerlukan pertolongan undang-undang dan untuk memberi sumbangan kepada masyarakat.

–  –  –

2. SESI ORIENTASI Dua belas (12) sesi orientasi telah diadakan dan Ahli Jawatankuasa telah melatih seramai lebih kurang 910 Pelatih Dalam Kamar daripada Kelompok 66, 67, 68 dan 69. Sesi-sesi orientasi menggunakan kaedah penyertaan (participative methodology) dengan membentuk kumpulan dinamik, diskusi terbuka, input hak-hak kemanusiaan serta pengenalan kepada pelbagai program dan Klinik KLLAC.

Ahli Jawatankuasa juga telah membuka penyertaan bagi sesi orientasi ini kepada Pelatih Dalam Kamar dari negerinegeri lain. Sehingga hari ini, seramai lebih kurang 170 Pelatih Dalam Kamar dari Pusat Bantuan Guaman Selangor telah diberikan latihan.

Sesi-sesi ini telah dibantu oleh vernon Jude Samuel, Harleen Leena, Abd Shukor Tokachil, Mohd Radzlan Jalaludin, Puspawati Rosman, Sasha Lyna, Murnie Hidayah, Rajen Devaraj, Stephanie Bastian dan Sheena Manicam.

3. SESI PENILAIAN AKHIR Tiga (3) sesi Penilaian Akhir telah diadakan untuk semua Pelatih Dalam Kamar daripada Kelompok 65, 66 dan 67 yang terlibat dalam pelbagai program dan Klinik KLLAC. Sesi Penilaian Akhir bagi Pelatih Dalam Kamar daripada Kelompok 68 akan diadakan pada bulan Januari 2012 disebabkan oleh musim perayaan.

Sesi ini telah diadakan bagi menghargai sumbangan Pelatih-pelatih Dalam Kamar terhadap masyarakat dan Pusat Bantuan Guaman. Sejumlah 600 Pelatih Dalam Kamar telah menyertai sesi ini dan berkongsi pengalaman daripada pelbagai program/klinik yang telah mereka sertai sebagai sebahagian daripada tugasan bantuan guaman mereka.

4. LATIHAN LANJUTAN “LEGAL AWARENESS AND LEADERSHIP FOR LAWYERS”

Ahli Jawatankuasa telah mengadakan Latihan Lanjutan (Advanced Training) untuk kali kelapan pada 29 - 31 Julai 2011 di Pusat Latihan NUBE, Port Dickson. Latihan ini telah diadakan bagi menggalakkan Pelatih Dalam Kamar/Peguam untuk meneruskan penglibatan mereka di KLLAC.

Program ini menekankan tentang kepentingan peranan yang dimainkan oleh Pelatih-pelatih Dalam Kamar/PeguamPeguam Muda dalam masyarakat dan tugas-tugas mereka terhadap masyarakat. Ahli Jawatankuasa juga menggunakan peluang ini untuk memasukkan sukarelawan-sukarelawan muda/ketua-ketua di dalam kerja-kerja bantuan undangundang dan untuk mendapatkan maklum balas dan cadangan yang lebih terperinci untuk memperbaiki programprogram KLLAC dan Majlis Peguam secara menyeluruh.

Pada tahun ini, atas permintaan Ahli Jawatankuasa Bantuan Guaman Kebangsaan, Ahli Jawatankuasa telah meluaskan jemputan ke Bantuan Guaman Negeri-negeri lain dan ia telah menarik seramai 17 peserta dari Selangor, Kedah, Kelantan, Perak, Pahang dan Melaka bersama-sama dengan 35 peserta dari Kuala Lumpur telah menyertai latihan tersebut.

Latihan ini telah diseliakan oleh Ahli Jawatankuasa, Peguam-Peguam Sukarela dan kakitangan KLLAC iaitu, vernon Jude Samuel, Rajen Devaraj, Harleen Leena, Abd Shukor Tokachil, Ahmad Shahrizal, Adora Yusof, Juvita Jumpil, Intan Farida Adnan, Stephanie Bastian, Sheena Manicam dan Manimaran.

5. PROGRAM-PROGRAM LAIN Sebagai sesi tindakan susulan, Ahli Jawatankuasa telah mengendalikan satu sesi “Get-together” untuk para peserta Latihan Lanjutan kali kelapan dan juga sukarelawan dari Sesi Penilaian Akhir pada 14 Oktober 2011.

Matlamat sesi ini adalah untuk membawa semula Pelatih Dalam Kamar/sukarelawan yang telah menunjukkan minat mereka untuk membantu KLLAC dan menerangkan kepada mereka mengenai tugasan-tugasan yang terlibat di dalam pelbagai program/aktiviti supaya mereka boleh memahami dengan lebih mendalam dan untuk memberi mereka perspektif yang lebih mendalam mengenai apa yang diharapkan daripada mereka.

–  –  –

• Motivasi kepada Pelatih Dalam Kamar terhadap kepentingan untuk memberikan perkhidmatan kepada mereka yang memerlukan dan terpinggir • Mendidik Pelatih Dalam Kamar mengenai hak-hak asasi manusia dan memupuk kesedaran mengenai keadilan

–  –  –

• Berusaha untuk mencari jalan bagi mengekalkan penglibatan Pelatih Dalam Kamar dan Peguam Muda.

• Tahun 2011 merupakan tahun yang sibuk bagi Ahli Jawatankuasa. Ahli Jawatankuasa berharap ahli-ahlinya akan berterusan menunjukkan komitmen dan dedikasi mereka untuk tahun-tahun yang akan datang.

4. PUSAT BANTUAN GUAMAN MAJLIS PEGUAM (KUALA LUMPUR) LAPORAN PROGRAM

DOCK BRIEF Laporan disediakan oleh Khairil Anuar Azmi, Ketua Projek bersama dan Sekretariat

–  –  –

PENGENALAN Program Dock Brief telah dimulakan pada tahun 1989 bertempat di Mahkamah Majistret Jalan Raja. Pada mulanya, program ini hanya melibatkan dua Mahkamah berserta empat pelatih dalam kamar yang bertugas. Sekarang, ianya melibatkan 14 Mahkamah dan disertai oleh 75 pelatih dalam kamar untuk membantu klien warganegara dan warga asing termasuk pesalah juvana.

Pelatih dalam kamar yang terlibat dilatih untuk meningkatkan kedua-dua kemahiran advokasi dan temuduga. Antara khidmat undang-undang jenayah yang disediakan di bawah program ini adalah mitigasi, permohonan jaminan dan lain-lain.

Peguam-peguam kanan juga dijemput oleh ahli-ahli jawatankuasa bagi menjalankan latihan untuk pelatih dalam kamar. Untuk tahun ini, Ram Karpal, Dato’ Hanif Hashim, Datuk Bajlit Singh Sidhu dan Edmund Bon telah membantu dalam memberi latihan. Selain itu, ahli-ahli jawatankuasa juga telah menjalankan aktiviti “role-play” dan perbicaraan olok-olok semasa latihan untuk memberi pemahaman yang lebih baik kepada pelatih dalam kamar berkenaan Program Dock Brief.

–  –  –

2. Ahli Jawatankuasa juga telah mengadakan 5 (lima) Program Latihan Dock Brief untuk pelatih-pelatih dalam kamar dari Kelompok 65, 66, 67 dan 68. Seramai 320 orang pelatih-pelatih dalam kamar telah menghadiri latihan tersebut.

3. Ahli jawatankuasa juga telah mengadakan 5 (lima) Analisa Pertengahan Tahun untuk Pelatih-pelatih dalam kamar yang terlibat dalam Program ini.

AKTIVITI-AKTIVITI LAIN:

PERJUMPAAN DENGAN KEHAKIMAN

Ahli-ahli jawatankuasa telah bermesyuarat dengan Puan Komathy, Hakim Mahkamah Sesyen untuk membincangkan masalahmasalah mengenai Program Dock Brief. Semasa mesyuarat tersebut, ahli-ahli jawatankuasa telah menerangkan objektif Program Dock Brief dan skop tugasan pelatih-pelatih dalam kamar. Selain dari itu, ahli-ahli jawatankuasa telah menghantar surat kepada Badan Kehakiman memohon untuk satu perjumpaan diadakan dan pihak Mahkamah telah memberi jawapan balas menyatakan mereka akan membincangkan perkara-perkara berkaitan Program Dock Brief dan juga masalah-masalah yang dihadapi oleh para pelatih dalam kamar dan peguam “touting” pada Disember 2011 atau Januari 2012.



Pages:     | 1 |   ...   | 13 | 14 || 16 | 17 |   ...   | 18 |


Similar works:

«Journal for Social Action in Counseling and Psychology 82 Volume 2, Number 2 Fall 2010 Mindful Wonderment: Using Focus Groups to Frame Social Justice Rolla Lewis California State University, East Bay Susan Davis Lenski, Swapna Mukhopadhyay, and Chris Taylor Cartwright Portland State University Abstract In the recent past many professional schools of education in the United States have embraced social justice as central to their mission in preparing teachers, counselors, and administrators to...»

«Journal of Sustainability Education Vol. 9, March 2015 ISSN: 2151-7452 A Pedagogy of Love Joan Clingan, Prescott College Abstract: This opinion/editorial presents the belief that love is present in all human lives as an emotional experience and may be present in all human lives as an intellectual idea as well. It considers possible actualities that lie behind some common thoughts (clichés) about love. The author presents the idea that even though love is central to our lives, the word love, if...»

«Diocese of Rochester Administration as a Spiritual Gift Administration is Spiritual? Surely not! 1 Cor 12:27-28 is a well known passage and says the following: ‘Now you are the body of Christ, and each one of you is a part of it. And in the church God has appointed first of all apostles, second prophets, third teachers, then workers of miracles, also those having gifts of healing, those able to help others, those with gifts of administration, and those speaking in different kinds of...»

«Teacher Professional Learning and Development Best Evidence Synthesis Iteration [BES] Helen Timperley, Aaron Wilson, Heather Barrar, and Irene Fung, University of Auckland Teacher inquiry and knowledge-building cycle to promote valued student outcomes. What are our students' learning needs?• What do they already know?• What sources of evidence have we used? What are our own • What do they need to learn learning needs? and do? • How do we build on what • How have we contributed to they...»

«TEACHING TECHNIQUES Getting Your Textbook Published Expert teachers often are dissatisfied with the textbooks they use for their courses. To solve the problem, they usually supplement the text with additional material, some of which they have developed themselves. What makes textbooks less than adequate? Many factors can come into play, but a few of the more common include:1 • The author’s inability to explain material at a level students can understand. • Poor writing or organization...»

«To all my dear colleagues past and present at the University of Bristol’s Department of Theology and Religious Studies MahÖyÖna Buddhism ‘The publication of Paul Williams’ MahAyAna Buddhism: The Doctrinal Foundations in 1989 was a milestone in the development of Buddhist Studies, being the first truly comprehensive and authoritative attempt to chart the doctrinal landscape of Mahayana Buddhism in its entirety. Previous scholars like Edward Conze and Etienne Lamotte had set themselves...»

«Document extract Title of chapter/article One-To-One Student Interviews Provide Powerful Insights and Clear Focus for the Teaching of Fractions in the Middle Years Author(s) Doug Clarke, Anne Roche & Annie Mitchell Copyright owner The Australian Association of Mathematics Teachers (AAMT) Inc. Fractions: Teaching for Understanding Published in Year of publication 2011 Page range 23–41 ISBN/ISSN 978-1-875900-68-8 This document is protected by copyright and is reproduced in this format with...»

«Journal of Philosophy & History of Education vol. 64, no. 1, 2014, pp. 135–148 Worldview Understandings and Teacher Authenticity Don Hufford, Newman University Introduction “I think I may say, that of all men we meet with, nine parts out of ten are what they are, good or evil, useful or not, by their education. ’Tis that which makes the great difference in mankind” (Locke, 1968, p. 112). It may well be that John Locke, the philosopher, writing so long ago, overstated a premise. It may...»

«Editors Joseph Zeppetello Angela Laflen Students From The Spring 2007 Workshop in Editing and Revision Judges Tommy Zurhellen Moira Fitzgibbons Mark Morreale Lyza Zeppetello Carolyn Rodewald Cover Art Dan Torres E-Scriptor Copyright ©2007 by Marist College 3399 North Road Poughkeepsie, NY 12601 This journal of student writing is a collection of essays written for College Writing II classes at Marist College for the 2006-2007 academic year. Each teacher of College Writing II was asked to submit...»

«How to use Testimonials as Social Proof to Grow Your Gym Like Never Before. 6 Simple Steps YOU MUST IMPLEMENT Immediately. By Jason M. Silverman – Executive Director of Powerful Words Character Development Entrepreneur and Marketing Expert, Jason M. Silverman, is known as the “After School Marketing Guru.” In addition to his duties as the Executive Director for POWerful Words Character Development, Mr. Silverman offers High Level Marketing Coaching Classes for some of the top owners in...»

«Abrading Methods, Inc. 1011 Davis Road, Elgin, IL 60123 (847) 742-6776 FAX: (847)-742-6783 http://www.lapping.com An ISO 9001:2000 Registered Company Reading Flatness using an Optical Flat Scope This instructional guide is intended to provide the reader a basic understanding of reading flatness using an optical flat. The initial use of this guide is to provide a basis for an instructor-guided learning experience. The student may retain this guide for future reference. The simplicity and economy...»

«Instructor’s Manual for “My Kids Don’t Appreciate me” REBT with a Single Mother with Janet Wolfe, PhD Manual by Megan McCarthy, PhD and Erika L.Seid,MA “My KiDS Don’t APrECiAtE ME” rEBt with A SingLE MothEr Psychotherapy.net The Instructor’s Manual accompanies the DVD “My Kids Don’t Appreciate Me”: REBT with a Single Mother (Institutional/Instructor’s Version). Video available at www.psychotherapy.net. Portions of this manual were originally published in the Albert Ellis...»





 
<<  HOME   |    CONTACTS
2017 www.sa.i-pdf.info - Abstracts, books, theses

Materials of this site are available for review, all rights belong to their respective owners.
If you do not agree with the fact that your material is placed on this site, please, email us, we will within 1-2 business days delete him.