WWW.SA.I-PDF.INFO
FREE ELECTRONIC LIBRARY - Abstracts, books, theses
 
<< HOME
CONTACTS



Pages:     | 1 |   ...   | 11 | 12 || 14 | 15 |   ...   | 18 |

«THURSDAY 23RD FEBRUARY 2012 02:00 PM AUDITORIUM, WISMA MCA JALAN AMPANG, KUALA LUMPUR KUALA LUMPUR BAR COMMITTEE 2011/12 L to R (Front): Mary Tan ...»

-- [ Page 13 ] --

Ahli-ahli KLYLC tiba pada jam 9 pagi dan disambut oleh Sister Betty, penjaga rumah tersebut. Beliau menjelaskan bahawa kebanyakan penghuni Asrama Cahaya tinggal di situ sejak mereka dilahirkan dan mereka ditinggalkan semasa masih bayi atas sebab kurang upaya. Walaupun mereka bergantung ke atas dermaan dan keikhlasan ramai yang menguruskan rumah tersebut, penghuni-penghuni tersebut telah diajar untuk berdikari. Sepanjang minggu, mereka bekerja di bilik kraf untuk membuat tikar, selimut dan beg untuk mengumpul dana untuk rumah tersebut.

Ahli-ahli KLYLC kemudiannya telah diperkenalkan kepada penghuni-peghuni Asrama Cahaya yang hebat. Kebanyakan daripada mereka mengalami kecacatan mental dan sering meluangkan masa dengan bermain permainan susun suai gambar atau jigsaw. Mereka menyambut kedatangan ahli-ahli KLYLC dengan tangan terbuka dan dengan gembiranya berkongsi permainan susun suai gambar mereka dengan kawan-kawan yang baru.

Para penghuni lain tidak sabar untuk berkongsi kisah-kisah dan mempersembahkan bakat menyanyi sementara yang lain bersungguh untuk mewariskan bakat ‘de-threading’ mereka kemudiannya diikuti dengan medley yang memuji, sajak kanakkanak dan lagu-lagu Krismas.

Ia adalah sangat menyentuh perasaan melihat keakraban dan sikap saling membantu para penghuni antara satu sama lain.

Ia juga memberi satu inspirasi menyaksikan bagaimana mereka telah diajar untuk membuat yang terbaik dengan keadaan mereka dan untuk menikmati setiap detil kehidupan. Kemesraan dan kasih sayang dari rumah tersebut tidak hanya terhad kepada para penghuni tetapi turut dikongsi bersama kami semua yang telah hadir pada hari tersebut. Melihat bagaimana mereka menerima kehadiran kami orang yang tidak dikenali telah menunjukkan betapa besar makna suatu pertemuan kepada mereka.

Loceng makan tengah hari telah menandakan penghujung lawatan tersebut dan dengan hati yang berat, ahli-ahli KLYLC pulang. Para penghuni dengan berat hati mengucapkan selamat jalan tetapi berulang kali mengingatkan mereka untuk kembali lagi.

18 JUN 2011

KLYLC DAN SACC - HOW TO PADDLE A DRAGON: BENGKEL PENGENALAN KEPADA BOT NAGA

(DRAGON BOATING) Laporan disediakan oleh Lee Shih KLYLC dan Jawatankuasa Sosial, Kesenian dan Kebudayaan Bar Kuala Lumpur (”SACC”) telah bersama-sama menganjurkan sebuah bengkel pengenalan kepada bot naga pada 18 Jun 2011 dan selepas itu beberapa sesi bot naga telah dilaksanakan.

Sambutan yang diterima untuk sesi-sesi bot naga amat mengujakan dan semuanya diadakan di Pusat Maritim Putrajaya, kini

–  –  –

Acara bot naga boleh dijejaki asal-usulnya melebihi daripada seribu tahun. Ianya berasal dari Asia, wujud daripada lagendalagenda Cina juga nelayan-nelayan Asia, acara bot naga kini merupakan sebuah sukan global dengan lebih daripada 50 juta pendayung di seluruh dunia. Ciri-ciri uniknya ialah kepala naga yang diwarnakan dengan warna-warna terang di kepala bot, badan yang bersisik yang panjang dan berekor. Dengan seorang pemukul gendang duduk di hadapan bot, pukulan gendang tersebut menandakan nada hati naga tersebut apabila bot naga tersebut berlumba merentasi air.

Di bengkel pengenalan bagi pendayung tersebut, 18 pendatang baru telah terjun dan menempa sejarah, budaya juga teknik-teknik di acara bot naga. Kata-kata pengenalan yang telah diberikan kepada pendatang baru adalah “We are not rowers. We are paddlers.” Dengan kata-kata tersebut, pendatang-pendatang baru ini telah melalui kursus kilat intensif yang menyeronokkan tentang cara-cara untuk mendayung sebuah bot naga.

Ianya merupakan sukan berkumpulan, elemen yang penting dalam acara bot naga adalah kebolehan untuk menyalurkan kerja berpasukan dalam mencapai pelarasan yang sempurna.

Pelbagai latihan telah dijalankan dalam menekankan bagaimana setiap pendayung harus bekerjasama sebagai sebuah pasukan.

Setiap pendayung harus memerhati rakan sepasukannya, mempercayai satu sama lain dan tidak boleh menghampakan sesiapa pun dalam pasukan. Sebarang pertembungan dayung, kesilapan sedetik, satu pendayung berhenti dalam dayungan atas sebab kepenatan; semua ini akan menyebabkan sesebuah bot itu menjadi perlahan.

Telah terdapat beberapa sesi-sesi lanjutan diadakan seterusnya dan KLYLC dan SACC telah membentuk satu pasukan yang telah bertanding dalam Pesta Bot Naga Antarabangsa Malaysia yang diadakan di Putrajaya pada 21 hingga 23 Oktober 2011.

25 JUN 2011

LAWATAN KLYLC KE SHELTER

Laporan disediakan oleh Mohamed Hashim Abdul Rahiman dan Nurhazwanie Bt. Mohd. Salleh KLYLC pada 25 Jun 2011 telah membuat lawatan ke Rumah Shelter (“Rumah tersebut”), rumah amal kedua yang dipilih untuk Malam Amal 2011, yang telah wujud sejak 1981 untuk membantu kanak-kanak yang didera, ditinggalkan, dibiarkan atau berisiko. Shelter kini menguruskan tiga rumah, Shelter 1 merupakan rumah untuk kanak-kanak berumur antara 4 hingga ke 12 tahun, Shelter 2 untuk remaja-remaja perempuan dan Shelter 3 untuk remaja-remaja lelaki.

Lebih kurang 30 orang yang merangkumi ahli-ahli KLYLC dan sukarelawan, telah pergi ke Rumah tersebut di Petaling Jaya dan disambut dengan mesra sekali.

Selepas ucapan ringkas oleh Pengerusi KLYLC, jawatankusa penganjur telah memulakan aktiviti mereka dengan sesi berkenalan yang melibatkan kanak-kanak di situ, ahli-ahli KLYLC dan para sukarelawan. Sesi pergaulan dan pengenalan jelas sekali membantu semua orang untuk mengenali sesama lain.





Jawatankuasa penganjur kemudiannya membahagi semua orang dalam beberapa pasukan dan memberi taklimat tentang aktiviti seterusnya - “Mini Amazing Race”. Untuk mewujudkan suasana berdaya saing dan untuk membuatkan aktiviti ini lebih menarik, setiap pasukan harus memikirkan nama pasukan, seorang ketua dan seruan sokongan masing-masing.

Walaupun pada permukaan aktiviti tersebut kelihatan seperti pasukan-pasukan bersaing untuk menyelesaikan teka-teki, petunjuk dan menghadapi cabaran dalam masa yang tersingkat, tujuan jawatankuasa penganjur adalah untuk mendidik peserta-peserta kepentingan bekerja dalam sebuah pasukan, berkomunikasi dengan baik dan kerja keras untuk melepasi cabaran dalam kehidupan. Walaupun hadiah telah diberikan kepada dua pasukan pertama yang telah menyelesaikan petunjukpetunjuk dan telah tiba di titik semakan dalam masa terpantas, semua orang telah bergembira bergaul dan menyelesaikan teka-teki bersama-sama tanpa mengambil kira kedudukan pasukan mereka pada akhir perlumbaan tersebut.

Dengan semua orang masih dalam keadaan bersemangat, jawatankuasa penganjur kemudian membahagikan semua orang ke dalam pasukan-pasukan baru untuk akitiviti seterusnya iaitu - perlawanan belon! 5 pasukan dibahagikan mengikut warna kegemaran masing-masing dan sebiji belon diikatkan di kaki setiap pemain. Peserta dikehendaki melindungi belon-belon pasukan mereka dan pada masa yang sama, cuba untuk meletupkan belon-belon pasukan lain.

Walaupun tahap tenaga kanak-kanak tersebut amatlah tinggi, ia amat jelas bahawa ahli-ahli KLYLC dan para sukarelawan sudah pun penat selepas aktiviti Mini Amazing Race dan permainan belon tersebut.

JAWATANKUASA PEGUAM MUDA

112 L A P O R A N TA H U N A N 2 0 1 1 / 1 2 • Makan tengah hari telah dengan baik hati ditaja oleh Puan Arni Ariffin, Spice of India dan Bisou. Ramai di kalangan mereka mengambil peluang ini untuk berbual dengan kanak-kanak tersebut dan mengenali diri mereka dengan lebih baik. Mereka mendapati bahawa sebahagian daripada kanak-kanak tersebut mempunyai bakat-bakat yang hebat meskipun kesukaran yang mereka hadapi dalam kehidupan, dan satu contoh yang baik ialah seorang kanak perempuan bernama Renu, yang walaupun pada umur yang begitu muda telah mempesonakan kami dengan bakatnya bermain piano.

Jawatankuasa Undang-undang Perlembagaan Majlis Peguam Malaysia kemudian mengambil alih dan diketuai oleh Naib-naib Pengerusi, Firdaus Husni dan Joanne Leong, kanak-kanak tersebut telah diperkenalkan dan didedahkan kepada Perlembagaan Persekutuan dalam cara yang seronok, melalui penyiaran iklan-iklan Rakyat Servis kepada kanak-kanak tersebut.

Tujuan sesi tersebut adalah untuk memperuntukkan masa untuk ahli-ahli KLYLC dan para sukarelawan untuk meluangkan masa dengan kanak-kanak dan dengan itu, jawatankuasa penganjur telah membuat keputusan untuk mengadakan sesi bersahaja. Segelintir daripada kanak-kanak tersebut telah mengambil kesempatan ini untuk mempamerkan kepada kami bakat melukis mereka dengan beberapa lukisan yang cukup hebat.

Acara terakhir yang dibariskan ialah permainan bola keranjang yang melibatkan beberapa ahli KLYLC, para sukarelawan dan kanak-kanak Rumah tersebut. Mereka dibahagikan kepada 4 pasukan, di mana 2 pasukan dislotkan untuk bertanding dalam permainan bola keranjang dan 2 pasukan yang lain akan bersaing dalam pertandingan kumpulan sorak. Walaupun persaingan antara pasukan kekal hebat sepanjang masa, semua yang terlibat menikmati keseronokan sesi mengeluarkan peluh tersebut.

23 JULAI 2011 UJI BAKAT MALAM AMAL 2011 KLYLC KLYLC, dalam persiapan untuk Malam Amal pada 30 September 2011, telah mengadakan Uji Bakat Malam Amal pada 23 Julai 2011 pada jam 11 pagi di Auditorium Bar KL. Sebagai hasilnya, 8 penghibur telah dipilih untuk bertanding pada Malam Amal. Mereka merupakan Aga and Co, Iylia, The Skelchys, Black Asphalt, Barcode, FourPlay, O.I.T and Boys Generation dengan penampilan Smelly Katz.

30 JULAI 2011 YLC - “A TASTE OF THE BAR” Laporan disediakan oleh Joanne Leong dan Johnson Lim Pada 30 Julai 2011, KLYLC telah menjadi hos untuk sesi santapan ulung betemakan “Taste of the Bar” bersama-sama ahliahli kanan Bar Malaysia. Diadakan di Smokehouse, Bangsar, lebih kurang 30 peguam muda merentasi Kuala Lumpur telah berpeluang untuk bertemu dan makan bersama pengamal-pengamal kanan khususnya Chen Kah Leng, Tommy Thomas, Robert Lazar, Dato’ Ambiga Sreenevasan, Ng Sai Yeang, Jennifer Cheong dan Mariette Peters. Tengah hari tersebut juga telah diserikan dengan kehadiran bekas Hakim Mahkamah Rayuan, Yang Arif Dato’ Shaik Daud yang telah mengambil masa untuk berkongsi pengalamannya dengan para peguam muda.

Tujuan sesi santapan ini adalah untuk menyediakan sebuah platform bagi ahli-ahli Bar, muda dan kanan, untuk bertemu dan berinteraksi. Acara tersebut bermula dengan ucapan aluan oleh pengerusi bersama penganjur, Yohendra Nadarajan diikuti dengan kata-kata aluan yang ringkas oleh Pengerusi KLYLC, Kenneth Wong. Para peserta kemudiannya bermula dengan hidangan 3 kursus mereka. Sambil menikmati hidangan, terdapat pertukaran pandangan dan pendapat yang memberangsangkan berkenaan perundangan kini, perkembangan sosial dan politik dalam negara. Pengamal-pengamal kanan selanjutnya berkongsi bersama para peguam muda yang hadir mengenai pengalaman mereka di Bar.

Apabila acara tersebut sudah hampir di penghujungnya, Aston Paiva, mewakili pengamal-pengamal muda yang hadir di sesi makan tersebut, telah mencadangkan sulang sebagai membayar penghormatan kepada pengamal-pengamal kanan bagi kesungguhan mereka yang tidak pernah putus dalam mendukung tradisi Bar Malaysia. Ini kemudiannya diikuti dengan sulang oleh Tommy Thomas, yang mewakili bagi pihak pengamal-pengamal kanan yang hadir. Beliau menyeru kepada para peguam muda untuk mencari aspirasi dan inspirasi dalam kerja mereka dan untuk sentiasa berusaha ke arah menggalakkan kedaulatan undang-undang dalam negara.

6 OGOS 2011

KLYLC - SEHARI BERSAMA PEGUAM-PEGUAM MUDA DI ATC

Laporan disediakan oleh Joanne Leong Acara tahunan KLYLC iaitu “Lawatan Universiti” memulakan sirinya dengan lawatan pertama ke Advance Tertirary College (“ATC”) pada 6 Ogos 2011 (Sabtu). Acara tersebut adalah dengan kerjasama Jawatankuasa Undang-undang Perlembagaan

–  –  –

Selepas ucapan ringkas tersebut, para peserta, yang merangkumi kira-kira 80 pelajar jurusan undang-undang, dibahagikan kepada dua kumpulan untuk sesi berkenalan iaitu “Where do you stand?”. Satu kumpulan, diketuai oleh Aston Paiva, kekal di auditorium, sementara kumpulan yang lebih kecil, diketuai oleh Yohendra Nadarajan, dibawa ke bilik yang lain.

Semasa sesi ini, Aston dan Yohendra mengemukakan beberapa soalan kepada kumpulan masing-masing di mana para peserta akan bergerak dari kedudukan mereka untuk menunjukkan pendirian mereka samada mereka setuju, tidak setuju atau kurang pasti kepada topik-topik yang dibincangkan. Beberapa soalan yang ditanya adalah seperti “Haruskah hukuman mati dimansuhkan?” dan “Haruskah undang-undang pencegahan tahanan dimansuhkan?”, menunjukkan jumlah yang sama antara setuju dan tidak setuju, yang sejurusnya mencetuskan penukaran komen yang menarik semasa sesi tersebut.

Semua peserta seterusnya berkumpul di auditorium untuk sesi soal balas, khususnya dalam aspek amalan undang-undang bagi peguam-peguam muda. Di situ, pelatih dalam kamar, peguam-peguam muda dan ahli-ahli BCConstiLC di mana sesetengah daripada mereka adalah pelajar mengenalkan diri mereka sebelum menjawab soalan-soalan daripada para peserta. Semasa perbincangan tersebut, soalan-soalan yang ditujukan oleh para peserta kebanyakkannya berpusat antara waktu bekerja, gaji permulaan dan aspek amalan undang-undang.

Semasa sesi ini, ahli jawatankuasa daripada jawatankuasa masing-masing berkongsi pengalaman mereka sebagai pelatih dalam kamar dan juga peguam muda. HR Dipendra dan Richard Wee, kemudiannya memberi pendapat mereka dari perspektif majikan. Terdapat juga pertanyaan berkenaan perkembangan mengenai cadangan untuk memperkenalkan ”Common Bar Course” di mana HR Dipendra memberitahu sedikit sebanyak mengenai kursus tersebut. Satu soalan yang agak pelik, barangkali disebabkan popularity sebuah siri televisyen mengenai mediasi, telah ditimbulkan apabila seorang pelajar bertanya mengenai proses mediasi dan peranannya di Malaysia, terus menggalakkan Richard Wee untuk menjelaskan mekanisme perantaraan dan bagaimana mediasi telah diertikan di kalangan pengamal.

Sesi terakhir merupakan pembentangan ringkas berjudul “Aktivisme” oleh Syahredzan Johan, seorang peguam muda dab juga Pengerusi BCConstiLC. Sesi tersebut amat rancak dan interaktif yang semestinya menjadi inspirasi para pelajar untuk melibatkan diri dalam kerja-kerja aktivisme!

Setiap pelajar pulang daripada acara tersebut bukan sahaja dengan maklumat yang bernilai, tetapi juga dengan satu set buku kecil Panduan Rakyat Kempen PerlembagaanKu dan sesalinan Pupillage Handbook, sumbangan Jawatankuasa Bar Kuala Lumpur.

–  –  –

KLYLC telah menganjurkan acara Majlis Buka Puasa tahunannya pada 11 Ogos 2011 di Hales Kitchen, Plaza RAH, Kampung Baru. Acara ini bertujuan untuk merapatkan lagi pertalian antara para peguam dan pelatih-pelatih dalam kamar dalam Bulan Ramadhan yang suci.

Seminggu sebelum acara Majlis Buka Puasa, jemputan telah dihantar kepada semua ahli Bar Kuala Lumpur dan pelatihpelatih dalam kamar. Dengan janji juadah Kampung dan Barat kepada para hadirin pada kadar yang munasabah sebanyak RM35 setiap orang, para hadirin rambang mata dalam pilihan hidangan buffet yang merangkumi hidangan yang lazat seperti sup cendawan, pecal, salad sayuran campur, salad kentang, kerabu, ikan masin kurau bercili, telur masin, nasi beriyani, ayam rending, ikan cencaru sumbat, daging masak hitam, ikan masin masak lemak nenas, sayur campur, roti canai serta kuah dalca, mi kari, kerang rebus, kaserol ayam dan kegemaran setiap warga Malaysia - satay! Untuk pencuci mulut, para hadirin dihidangkan dengan ais krim pelbagai perasa, ais batu campur/ais kacang, bubur jagung, kuih-muih melayu, puding dan jeli, puding bread butter, dan puding vanilla/karamel. Minuman seperti teh tarik dan tebu juga dihidangkan sepanjang malam.

Para hadirin mula tiba di Hales Kitchen dari jam 6.30 petang dan pada 7.15 petang, kesemua 3 meja panjang yang telah disediakan untuk Majlis Buka Puasa ini telah pun penuh.

Semua orang telah menikmati juadah enak yang disediakan pada malam bertemankan ahli-ahli Bar Kuala Lumpur dan pelatih dalam kamar. Terdapat wajah-wajah baru yang datang, membuatkan acara tersebut lebih diingati.

–  –  –

Berikutan daripada siri “Lawatan Universiti” KLYLC yang telah menganjurkan lawatan pertamanya ke ATC pada 6 Ogos 2011, KLYLC telah mengadakan lawatan keduanya di INTI University di Nilai pada 10 September 2011. Acara tersebut merupakan kerjasama dengan PWC. Acara tersebut bermula pada jam 10.30 pagi dengan ucapan pengenalan oleh Kenneth Wong, Pengerusi KLYLC.



Pages:     | 1 |   ...   | 11 | 12 || 14 | 15 |   ...   | 18 |


Similar works:

«Establishing an evidence-based validity argument for performance assessment White Paper Emily R. Lai Hua Wei Erika L. Hall Dennis Fulkerson September 2012 AN EVIDENCE-BASED VALIDITY ARGUMENT FOR PA 1 About Pearson Pearson, the global leader in education and education technology, provides innovative print and digital education materials for preK through college, student information systems and learning management systems, teacher licensure testing, teacher professional development, career...»

«First Penance/First Communion Packet Date due to you child’s teacher: Week of November 10th Child’s Name: Check One:St. Joseph School PREP Home Private Teacher:_ Classroom #: _ (St. Joseph PREP or St. Joseph School teacher) Checklist: 1. _ Information sheet for Sacrament Register 2. _ Letter to Child for First Reconciliation 3. _ Prayer Support Sheet 4. _ Photo/Video Policy during Communion Mass 5. _ $65.00 for supplies (certificates, DVD, Scapular, etc.) check payable to: St. Joseph _...»

«Oklahoma Shakespeare in the Park’s Study Guide for Romeo and Juliet By William Shakespeare A Note to Teachers   In coming to Oklahoma Shakespeare in the Park’s production of Romeo and Juliet, your students are going to be able to enjoy a timeless romantic tragedy. The tale of Romeo and Juliet is one of forbidden love that takes place in a city torn in two between two feuding families. Throughout the show, you witness Romeo and Juliet meet and continually make efforts to see one another...»

«Instructional Aides: Colleagues or Cultural Brokers? Karla C. Lewis Abstract Are instructional aides colleagues of teachers, bridges to the school community, both, or neither? This study addresses this question by asking instructional aides about their relationships with teachers and parents and about their status in schools, and suggestions are made to create stronger bonds among these partners in education. This paper relies on the concept of “teachers’ knowledge” (Carter, 1993;...»

«The International Education Journal: Comparative Perspectives, 2013, 12(1), 98–118 iSSN 1443-1475 © 2013 www.iejcomparative.org Quality teachers for indigenous students: an imperative for the twenty-first century konai Helu Thaman The University of South Pacific, Suva, Fiji This paper argues that all learners need teachers who are not only professionally qualified but also culturally competent. This is particularly so with teachers of indigenous students, who face the conflicting...»

«Putting Understanding Up Front David Perkins and Tina Blythe A simple four-part framework gives teachers a language and strategy for enhancing their efforts to teach for greater understanding. In Braintree, Massachusetts, a mathematics teacher asks his students to design the floor plan of a community center, including dance areas and a place for a band. Why? Because the design involves several geometric shapes and a defined floor area. The students must use what they have studied about area to...»

«4 HAMPSTEAD AVENUE HIGHGATE 5063 PHONE: 8271 9622 FAX: 8373 6075 EMAIL: dl.1063_info@schools.sa.edu.au INTERNET: http://web.highgates.sa.edu.au/argon Principal Mr Phil Johansen Term 2 No 1 Thursday 12 May 2016 PRINCIPAL’S MESSAGE DIARY DATES Welcome back to school for a busy term 2. We warmly welcome two new staff members Emily Saint-Bowman, PE Teacher for term 2, and Friday 13 May Emily White working with Amy in Room 30. Early Years Assembly The annual Greenhill South Partnership review was...»

«BOXTALES Theatre Company Silly Rabbit: Tricksters are for Kids/ Trickster Tales from Around the World Teacher Guide K-6 ABOUT THE ARTISTS Boxtales is a storytelling theatre company which uses masks, movement, storytelling and live music to present myths and folklore from around the world. Performers Matt Tavianini, Deven Sisler, and Michael Andrews combine their diverse talents to create a professional, high energy, highly interactive theatrical experience for young audiences. ABOUT THE PROGRAM...»

«Rapid Software Testing Copyright © 1995-2016, Satisfice, Inc. Rapid Software Testing Copyright © 1995-2016, Satisfice, Inc. Although the value of the class is greater because of the people who helped us, the sole responsibility for the content of this class belongs to the authors, James Bach and Michael Bolton. This class is essentially a long editorial opinion about testing. We have no authority to say what is right. There are no authorities in our field. We don’t peddle best practices. We...»

«Journal of Renewable Natural Resources Bhutan ISSN: 1608-4330 Determining a psychology profile of team and individual sport women in skillful and semi skillful level in mazandaran province Zeinab Shaban1, Hamideh Gorjian2*, Seyed Hasan Hashemi tabar3 Master of Bachelor in Physical Education, Sports and Youth Department, Noor, Iran Master of Bachelor in Physical Education, PE Teacher, Education Office, Noor, Iran Bachelor in Physical Education, Mazandaran University, Sports and Youth Department,...»

«• PA R T I I : R E S T O R I N G L I B E R A L A R T S T O T H E K 1 2 C U R R I C U L U M • Testing, Learning, and Teaching: The Effects of Test-based Accountability on Student Achievement and Instructional Time in Core Academic Subjects ••• Martin West Assistant professor of education, political science, and public policy at Brown University Is what gets tested what gets taught? Does what gets tested get learned? These questions go to the heart of debates over the national push...»

«A TEACHER’S GUIDE TO THE SIGNET CLASSICS EDITION OF G EORG E B E R N A R D S HAW ’S PYGMALION By LAURA REIS MAYER BUNCOMBE COUNTY SCHOOLS, ASHEVILLE, NORTH CAROLINA SERIES EDITORS JEANNE M. MCGLINN, Ph.D., University of North Carolina at Asheville and W. GEIGER ELLIS, Ed.D., University of Georgia, Professor Emeritus 2 A Teacher’s Guide to the Signet Classics Edition of George Bernard Shaw’s Pygmalion TABLE OF CONTENTS An Introduction Synopsis of the Play Prereading Activities During...»





 
<<  HOME   |    CONTACTS
2017 www.sa.i-pdf.info - Abstracts, books, theses

Materials of this site are available for review, all rights belong to their respective owners.
If you do not agree with the fact that your material is placed on this site, please, email us, we will within 1-2 business days delete him.