WWW.SA.I-PDF.INFO
FREE ELECTRONIC LIBRARY - Abstracts, books, theses
 
<< HOME
CONTACTS



Pages:     | 1 |   ...   | 10 | 11 || 13 | 14 |   ...   | 18 |

«THURSDAY 23RD FEBRUARY 2012 02:00 PM AUDITORIUM, WISMA MCA JALAN AMPANG, KUALA LUMPUR KUALA LUMPUR BAR COMMITTEE 2011/12 L to R (Front): Mary Tan ...»

-- [ Page 12 ] --

Walaupun dengan membawa isu-isu ini kepada umum tidak semestinya akan menyelesaikan masalah-masalah mereka, adalah penting bagi ahli-ahli untuk mengambil tahu isu dan permasalahan yang dihadapi oleh pelatih-pelatih. Pelatih-pelatih juga akan mendapat peluang untuk mendapat maklum balas terhadap aduan yang dikemukakan kerana ianya akan dimuat naikkan sebaik sahaja penyelesaiannya diterima.

PWC mengucapkan terima kasih kepada Ravin Singh atas sumbangan dan sokongan tidak berbelah bahagi beliau terhadap sesi baru Sesi P.I. ini. PWC juga turut penghargaan kami kepada Pengerusi KLBC, Brendan Navin Siva dan ahli-ahli KLBC yang telah bergilir-gilir membantu dalam sesi-sesi P.I. tersebut.

BENGKEL LATIHAN BAGI PELATIH

Bagi penggal ini, program bengkel pelatih diketuai oleh ahli PWC Por Yang Wei bersama-sama Chan Khoon Moh. PWC terus menganjurkan beberapa siri bengkel litigasi sivil dan jenayah bulanan untuk para pelatih. Siri bengkel ini dianjurkan khas untuk pelatih sahaja dan kehadiran adalah dihadkan kepada 20 orang pelatih bagi setiap sesi. Objektif bengkel ini adalah untuk memperkenalkan aspek praktikal dalam undang-undang, dan juga untuk menggalakkan perkembangan para pelatih tentang pengetahuan asas undang-undang dan asas amalan mahkamah yang sebenar.

Bengkel dikendalikan oleh penceramah yang berpengalaman dalam bidang masing-masing yang turut menyediakan bahan bacaan dan memberikan sesi interaktif dalam kelompok yang lebih kecil, yang sangat berfaedah kepada pelatih yang berniat untuk menjadi peguam pengamal selepas latihan dalam kamar.

Dalam litigasi jenayah, pelatih didedahkan dengan kemahiran menemuduga klien, mitigasi, permohonan ikat jamin, pendengaran reman dan prosedur perbicaraan. Di kesempatan ini, PWC ingin merekodkan ucapan terima kasih kepada Arimuthu Perithamby, Datuk N Sivananthan dan Ravin Singh atas sokongan tidak berbelah bahagi mereka dalam menyampaikan bengkel-bengkel litigasi jenayah tersebut.

–  –  –

Selain siri bengkel litigasi sivil dan jenayah, PWC telah turut memperkenalkan bengkel untuk dua bidang lain iaitu amalan konveyansing dan korporat. Setakat ini, PWC telah menganjurkan bengkel konveyansing yang telah menerima sambutan yang sangat menggalakkan daripada pelatih-pelatih. Bengkel tersebut mencakupi aspek asas dalam transaksi jual beli harta.

Di sini, PWC merakamkan sekalung penghargaan kepada penceramah Michael Leow.

PWC berniat untuk terus menganjurkan bengkel dalam aspek-aspek undang yang lain dan memperkasakan pelatih dengan ilmu pengetahuan dalam dunia amalan undang-undang.

BENGKEL UNTUK PELATIH BAGI TAHUN 2011 ADALAH SEPERTI BERIKUT:

–  –  –

PESTA KERJAYA PERUNDANGAN

Pesta Kerjaya Perundangan diketuai oleh Naib Pengerusi PWC, Adrian See. Pesta Kerjaya Perundangan adalah acara tahunan dan telah dijadualkan untuk diadakan pada bulan September 2012. Setakat ini, PWC telah merujuk dan berjumpa dengan pengurus tempat dan kini sedang dalam proses akhir meneliti sebut harga yang berpatutan. Selain itu, PWC kini sedang mencari rakan media dan dengan sokongan penuh daripada ahli KLBC yang lain akan mempromosikan Pesta Kerjaya Perundangan 2012 yang bakal dianjurkan ini, untuk kebaikan ahli-ahli Bar, pelatih-pelatih dan pelajar-pelajar universiti.

GARIS PANDUAN BAGI KAUNSEL YANG HADIR BAGI PIHAK KLBC PADA PENDENGARAN

PENERIMAAN MASUK KE BAR

Menurut rekod, secara purata 150 pelatih diterima masuk sebagai peguam di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur di setiap bulan. KLBC akan melantik seorang kaunsel sebagai Wakil KLBC untuk menghadiri setiap pendengaran penerimaan masuk ke Bar. Pada penggal ini, PWC telah merangka dan mengeluarkan garis panduan untuk Wakil KLBC. Objektif garis panduan tersebut bertujuan menyeragamkan peranan Wakil KLBC dan panduan langkah-langkah prosedur yang perlu diikuti dalam pendengaran penerimaan masuk ke Bar.

PROJEK KERJASAMA PWC DENGAN JAWATANKUASA PEGUAM MUDA (”YLC”) - LAWATAN KE

UNIVERSITI Pada penggal ini, PWC dan YLC telah bekerjasama dalam projek lawatan ke Universiti-universiti. PWC telah turut serta bersama YLC dalam lawatan ke Universiti-universiti dimana peguam-peguam muda akan berkongsi pengalaman mereka dalam bidang guaman dengan penuntut-penuntut undang-undang. PWC turut mengedarkan buku panduan latihan dalam kamar dan direktori yang diterbitkan oleh KLBC kepada pelajar-pelajar yang akan memulakan latihan dalam kamar. Dengan itu, pelajar-pelajar dapat melengkapkan diri dengan prosedur-prosedur yang perlu dilaksanakan sewaktu menjalani latihan dalam kamar selama 9 bulan. Sewaktu lawatan-lawatan ini juga, PWC mengambil kesempatan untuk mempromosikan Pesta Kerjaya Perundangan tahunan yang bakal diadakan tidak lama lagi.

JAWATANKUASA HAL EHWAL PELATIH-DALAM-KAMAR

102 L A P O R A N TA H U N A N 2 0 1 1 / 1 2 •

ISU-ISU BERKAITAN PENERIMAAN MASUK KE BAR DAN PERMOHONAN SEKSYEN 36(2) (LEBIH

DIKENALI SEBAGAI “SHORT CALL”) PWC telah memantau proses penetapan tarikh pendengaran untuk Penerimaan masuk ke Bar dan “Short Call” sepanjang tahun ini. PWC telah mendapat maklum balas bahawa tempoh masa di antara pemfailan dan tarikh pendengaran yang diberikan oleh Mahkamah adalah tiga hingga empat bulan, yang merupakan suatu tempoh yang sangat lama. PWC bersama-sama pengerusi-pengerusi Jawatankuasa Perhubungan Mahkamah Sivil telah mengambil langkah progresif dengan mengutarakan isu ini kepada Hakim Pengurus dan Timbalan Pendaftar Mahkamah Rayuan dan Kuasa-Kuasa Khas (RKKK) Kuala Lumpur.





PWC akan terus melakukan yang terbaik bagi memastikan kepentingan pelatih-pelatih terpelihara.

KEMUNGKINAN UNTUK IMPLEMENTASI PENERIMAAN SECARA BERAMAI-RAMAI (”MASS

CALL”) DI MALAYSIA PWC telah mempertimbangkan dan kini sedang menjalankan penyelidikan mengusahakan modul ”Mass Call” dari bidangkuasa lain. Satu cadangan ”Mass Call” sedang dipertimbangkan yang mana mencadangkan sejumlah 300 pelatih yang bakal diterima masuk ke Bar didengar bersama di Istana Kehakiman, Putrajaya. PWC telah berkomunikasi dengan Persatuan Undang-undang Singapura untuk berkongsi dan bertukar pengetahuan berkaitan menerimapakai modul ”Mass Call” Singapura di Malaysia. Sementara itu, Persatuan Undang-undang Singapura sedang menjangka untuk mengadakan mesyuarat pada masa terdekat.

PROGRAM AKAN DATANG:-

LAWATAN KE ISTANA KEHAKIMAN

PWC akan menganjurkan lawatan pelatih-pelatih ke Istana kehakiman di mana mereka akan dapat melawat Muzium Mahkamah, Perpustakaan, Kamar Mahkamah Agung, dan menonton klip video tentang Badan Kehakiman Malaysia dan juga Sistem Kehakiman Malaysia. PWC berpendapat bahawa lawatan-lawatan ini dapat memberi manafaat kepada pelatih-pelatih agar lebih menghargai sistem kehakiman dan undang-undang Malaysia.

PENUTUP Saya merakamkan penghargaan yang tidak terhingga kepada ahli-ahli Jawatankuasa Hal Ehwal Pelatih-Dalam-Kamar 2011/2012 yang telah dengan sukarela meluangkan masa mereka, dan turut mengakui semua usaha keras dan kerjasama yang telah mereka diberikan.

Seterusnya, saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada Sekretariat Bar Kuala Lumpur, kepada mereka yang telah sama-sama berganding bahu, terutamanya Setiausaha Eksekutif Mary Tan, juga Rajan, Indira dan Melissa.

Akhir sekali, saya mengambil peluang ini untuk merakamkan ucapan terima kasih kepada ahli-ahli kerana memberikan kepercayaan untuk saya menggalas tanggungjawab ini dan memberi saya peluang untuk bekerja dengan pasukan-pasukan yang hebat, dan menyumbang tenaga saya kepada Bar Kuala Lumpur.

Jason Kong Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Pelatih-Dalam-Kamar

–  –  –

JAWATANKUASA SOSIAL, KESENIAN DAN KEBUDAYAAN

104 L A P O R A N TA H U N A N 2 0 1 1 / 1 2 • Seramai 330 tetamu termasuk bekas Presiden-Presiden Majlis Peguam dan bekas Pengerusi-Pegerusi Bar Kuala Lumpur telah menghadiri majlis tersebut. Selain daripada persembahan tarian cabaret dari The Creative Dancers, para tetamu juga telah dihiburkan dengan persembahan oleh 2 kumpulan persembahan yang terdiri daripada ahli-ahli Bar Kuala Lumpur sendiri iaitu: The Skelchys dari Cheah Teh & Su, Che Mokhtar & Ling dan Musico dan “Fourplay” dari Raja Darryl & Loh. Selepas cabutan bertuah yang merangkumi hadiah-hadiah seperti sebuah iPad 2, satu television LCD 32”, pakej percutian dan juga baucer Spa, pentas telah dibuka untuk tarian yang diiringi oleh muzik yang disediakan oleh Twilight Action Girl (TAG).

Khaizan Sharizad Binti Ab Razak Pengerusi Jawatankuasa Sosial, Kesenian dan Kebudayaan

–  –  –

AM Bar Kuala Lumpur masih mengekalkan gelanggang badminton di dewan SBA di Kampung Attap setiap Khamis dari 6.00 malam ke 8.30 malam untuk membolehkan ahli dan pelatih dalam kamar untuk bermain sukan secara kerap dan untuk berinteraksi dengan ahli lain.

–  –  –

Richard Wee, Pengerusi yang baru dilantik bagi Jawatankuasa Peguam Muda Nasional Majlis Peguam Malaysia, cukup berbaik hati untuk meluangkan masa dari jadualnya yang sibuk untuk mengambil bahagian di dalam retreat tersebut, di mana beliau telah menjalankan sesi latihan bersama para peserta.

Tiba waktu petang, para peserta telah diberitahu bahawa sesi merentas hutan terpaksa ditangguhkan kerana cuaca petang pada hari itu adalah lebih gelap daripada biasa, menjadikan ia tidak selamat untuk diteruskan. Pada waktu malam, sebelum memulakan sesi sumbang saran aspirasi dan harapan bagi KLYLC, mata para peserta telah ditutupkan bagi sebuah aktiviti berjalan mengikuti ‘suatu suara’. Aktiviti tersebut mengajar para peserta kepentingan kerja berpasukan dan bekerjasama dalam mencari suara tersebut. Malam tersebut diakhiri dengan sesi unggun api.

Pada pagi Ahad, para peserta dibahagikan kepada 3 kumpulan untuk menghadapi cabaran halangan dan aktiviti-aktiviti pembinaan kumpulan yang dianjurkan oleh resort tersebut. Tidak perlu dikatakan, ini merupakan salah satu daripada kemuncak

–  –  –

Apabila para peserta menuju pulang ke Kuala Lumpur pada jam lebih kurang 2 petang, ianya tidak dinafikan bahawa kesemua 36 peserta berpisah dengan pertalian yang lebih erat, lebih bertumpu terhadap jangkaan KLYLC, lebih bermotivasi dan bertenaga untuk menyumbang kepada Bar.

13 MEI 2011

SESI PERJUMPAAN SOSIAL (SOCIAL GET TOGETHER) KLYLC

Laporan disediakan oleh Johana Rosli KLYLC telah menganjurkan sesi perjumpaan sosialnya yang pertama bagi penggal 2011/2012 pada hari Jumaat, 13 Mei 2011 di Werner’s, Changkat. Untuk menghilangkan rasa takut dan khurafat yang dikaitkan dengan 13 Jumaat atau Friday the 13th, para peguam diberitahu untuk berpakaian yang mengagumi.

Walaupun acara tersebut secara rasminya bermula pada jam 7.30 petang, peguam-peguam muda yang sememangnya terkenal dengan kerajinan mereka bekerja, kebanyakannya hanya mula hadir terus dari firma masing-masing selepas jam

8.30 malam. Selepas seminggu bekerja keras, mereka jelas sekali berada dalam keadaan bersedia untuk bergembira apabila perbualan dan gelak ketawa cepat tercetus.

Ia amat memberangsangkan melihat ramai peguam-peguam muda baru di kalangan peserta. Bagi kebanyakan mereka, ini merupakan acara KLYLC mereka yang pertama. Ia juga amatlah menggalakkan untuk melihat segelintir para peguam kanan dan bekas pengerusi-pengerusi KLYLC turut hadir untuk menunjukkan sokongan mereka. Tambahan pula, beberapa juruterajurutera muda daripada Institusi Jurutera Malaysia telah turut hadir untuk menyertai kami pada malam yang hebat itu.

Tidak lama sebelum rentak memikat yang dimainkan oleh DJ Werner’s yang mula menarik hadirin ke lantai tarian. Kedua-dua muda dan tidak begitu muda mula mempamerkan gerak tarian yang hebat. Kebanyakan terus menari sehingga awal pagi.

Secara keseluruhannya, acara tersebut telah mencapai tujuannya iaitu untuk mendapatkan para peguam muda untuk bertemu dan bergaul dan untuk mengenalkan mereka kepada KLYLC. Ianya amat menggalakkan apabila ramai menyatakan keinginan mereka untuk terlibat dalam acara-acara KLYLC yang akan datang.

28 MEI 2011

PENYERAHAN CEK KLYLC (HASIL MALAM AMAL 2010) DI RUMAH ORANG-ORANG TUA

AMPANG Laporan disediakan oleh Lai Yee Fan Seramai 20 peguam muda dan pelatih-pelatih dalam kamar daripada KLYLC telah melawati Rumah Orang Tua Ampang (“Rumah tersebut”), sebuah rumah untuk warga tua, pada 28 Mei 2011 sebagai sebahagian projek amal KLYLC dan juga dengan tujuan untuk memberikan baki daripada hasil amal daripada Malam Amal tahun lepas yang berjumlah lebih kurang sebanyak RM 23,000.00 (“Hasil Baki”) Rumah tersebut diuruskan oleh penjaga yang bertanggungjawab untuk pengemasan dan rutin harian seperti memasak, membersih dan merawat penghuni-penghuni yang tidak mampu untuk menjaga diri mereka sendiri. Rumah itu dilengkapi dengan 4 bilik di mana setiap bilik dapat menampung seramai 12 penghuni berserta sebuah dewan kecil dan ruang makan.

Dengan harapan untuk memberi lebih sentuhan peribadi kepada penghuni-penghuni di Rumah tersebut, KLYLC telah memutuskan untuk mengenetepikan sejumlah tertentu daripada Hasil Baki untuk diagihkan kepada setiap penghuni dalam bentuk paket-paket merah serta membeli keperluan dan barangan runcit bagi Rumah tersebut seperti beras, serbuk susu, milo dan sebagainya. Setelah melawati Rumah tersebut sebelum ini, kami telah menyedari bahawa penghuni-penghuni tersebut amat memerlukan almari-almari baru untuk menyimpan barang-barang peribadi mereka. Satu persetujuan telah dicapai oleh KLYLC dan dengan kebenaran daripada KLBC, sebahagian daripada Hasil Baki telah digunakan untuk membeli almari-almari baru bagi setiap penghuni. Baki sebanyak RM15,000 kemudiannya didermakan kepada Rumah tersebut.

Ketibaan ahli-ahli KLYLC telah disambut oleh ahli jawatankuasa dan penghuni-penghuni Rumah tersebut, yang diketuai oleh Tan Sri Rosemary Chong, Pengerusi jawatankuasa Rumah tersebut. Cek bernilai RM15,000.00 telah diserahkan kepada Rumah tersebut oleh Siti Fatimah Mohd Shahrom sebagai Naib Pengerusi Unit Projek Komuniti KLYLC tahun lepas dan diterima oleh Tan Sri Rosemary Chong, bagi pihak Rumah tersebut.

JAWATANKUASA PEGUAM MUDA

110 L A P O R A N TA H U N A N 2 0 1 1 / 1 2 • Tan Sri Rosemary Chong turut memberi ulasan ringkas mengenai sejarah latar belakang Rumah tersebut. Tidak dinafikan, kami amat kagum dengan usaha, kegigihan dan semangat yang digunapakai oleh ahli jawatankuasa Rumah tersebut dalam menghadapi pelbagai sekatan, hanya untuk memastikan bahawa Rumah tersebut terus wujud sebagai tempat tinggal bagi warga tua yang kurang bernasib baik.

Diketuai oleh penjaga Rumah tersebut, ahli-ahli KLYLC sejurusnya bertemu dengan penghuni-penghuni Rumah tersebut dan mengagihkan paket-paket merah kepada setiap penghuni. Ahli-ahli KLYLC kemudiannya bergaul mesra dengan para penghuni dan interaksi bersama mereka dipenuhi dengan jenaka dan gelak ketawa. Penghuni-penghuni kelihatan amat gembira menerima pelawat-pelawat dan meluangkan masa bersama mereka. Selepas meluangkan masa bersama penghunipenghuni itu, kami mula memahami mereka dengan lebih mendalam - sangat peramah dan semangat lucu yang hebat.

Sebalik setiap penghuni, terdapat sebuah kisah yang menakjubkan dan kadang kala pahit. Sesetengah mereka ditinggalkan oleh keluarga dan telah menjumpai tempat perlindungan dan teman-teman di Rumah tersebut, segelintir pula mendiami di Rumah tersebut disebabkan kesepian dan keinginan untuk bertemu teman-teman baru dan yang lain pula tidak lagi mampu untuk menyara hidup mereka atas sebab kelanjutan usia mereka. Lawatan tersebut berakhir pada jam 1.30 petang.

11 JUN 2011LAWATAN KLYLC KE ASRAMA CAHAYALaporan disediakan oleh Tham Hui Ying

Ahli-ahli KLYLC dan ahli-ahli Bar yang lain telah melawat Asrama Cahaya, salah satu daripada rumah amal yang dipilih untuk Malam Amal 2011 pada 11 Jun 2011. Tersembunyi di sudut Bukit Nanas, jauh dari kesibukan Kuala Lumpur, terdiri dengan bangganya, sebuah bangunan colonial di mana 35 wanita menggelarkan tempat itu rumah mereka.



Pages:     | 1 |   ...   | 10 | 11 || 13 | 14 |   ...   | 18 |


Similar works:

«1 This is a pre-print of a chapter that will appear in Rebecca Bennett and Mike Kent (eds), Massive Open Online Courses and Higher Education: Where to Next?, Ashgate. Forthcoming. Feedback and comments would be most welcome. The Selfie Course: More than a MOOC Dr Kath Albury, UNSW, k.albury@unsw.edu.au Dr Tama Leaver, Curtin, t.leaver@curtin.edu.au Dr Alice Marwick, Fordham, amarwick@fordham.edu Dr Jill Walker Rettberg, Bergen, Jill.Walker.Rettberg@lle.uib.no Dr Theresa Senft, NYU...»

«Journal of Thought, Fall-Winter 2011 79 Christine E. Sherretz Mindfulness in Education: Case Studies of Mindful Teachers and Their Teaching Practices Christine E. Sherretz University of Louisville Introduction For generations, educational philosophers, parents, business people, and practitioners have argued that public schools promote mindless standardization that stifles creativity, curiosity, and enthusiasm for learning. Dewey (1933) argued that schools try to instill uniformity and...»

«Molecules 2015, 20, 13055-13070; doi:10.3390/molecules200713055 OPEN ACCESS molecules ISSN 1420-3049 www.mdpi.com/journal/molecules Review Cell-Type Specific Penetrating Peptides: Therapeutic Promises and Challenges Maliha Zahid 1,2,* and Paul D. Robbins 3 Research Instructor, Department of Developmental Biology, University of Pittsburgh, Pittsburgh, PA 15201, USA Excela Health Cardiology, Greensburg, PA 15601, USA Department of Metabolism and Aging, Scripps Florida, Jupiter, FL 33458, USA;...»

«Important: Read this syllabus carefully as it contains the information you will need to succeed in the course. Course Description: Addiction Dynamics & Interventions Course Name: HUS 207 Section Instructor: Brina Sedar, Assistant Professor, Program Coordinator Human Services E-mail: Please use Blackboard's Email function for matters related to this course. BSedar@bcc.edu Phone: 856-222-9311 Phone Extension: 2713 Office: Laurel Hall 113 Webpage: http://www.bcc.edu/human-services I am available...»

«International Journal of Architectural Research Abimbola Asojo INSTRUCTIONAL STRATEGIES FOR TEACHING CROSS-CULTURAL DESIGN: A Pedagogical Example Using Nigerian and South African Spatial Forms Abimbola Asojo University of Minnesota aasojo@umn.edu Abstract This paper discusses instruction on Nigerian and South African spatial forms presented to a Design studio in a Southwestern US University. The goal was to increase students’ ability to synthesize design ideas for different cultural settings...»

«e-Journal of Instructional Science and Technology Volume 8, No. 1, 2005 SOME STRATEGIES FOR BALANCING ECONOMIES OF SCALE AND INTERACTION IN ONLINE/DISTANCE EDUCATION COURSES Celeste M. Walls Oregon State University drwalls@orst.edu Abstract After reviewing the literature on interaction in distance education/online learning contexts, I offer some suggestions for balancing students’ and teachers’ needs for greater interaction with the economies of scale often achieved in such learning...»

«Beyond Quality in Early Childhood Education and Care – Languages of Evaluation1 New Zealand Journal of Teachers’ Work, Volume 5, Issue 1, 03-12, 2008 PETER MOSS Institute of Education, University of London GUNILLA DAHLBERG Stockholm Institute of Education, Sweden INTRODUCTION The problems which the managerial state is intended to resolve derive from contradictions and conflicts in the political, economic and social realms. But what we have seen is the managerialisation of these...»

«New products at Spiritual Uplifts Spiritual Uplifts January 2015 Happy New Year! The year 2015 adds up to the number eight. The number eight is for success. For everyone that clears out last year’s negativity this is supposed to be a good year for you. This is the time where we make the traditional promises to ourselves called “New Years Resolutions.” Be reasonable on your choices for resolutions. Make sure they’re doable. This is going to be a great year for Spiritual Uplifts. We have...»

«Forum on Public Policy High Involvement Mothers of High Achieving Children: Potential Theoretical Explanations Scott L. Hunsaker, Associate Professor, School of Teacher Education and Leadership, Utah State University Abstract In American society, parents who have high aspirations for the achievements of their children are often viewed by others in a negative light. Various pejoratives such as pushy parent, helicopter parent, stage mother, and soccer mom are used in the common vernacular to...»

«A Teacher’s Manual for Sensory Processing By Ashleigh Kendall This Sensory Manual was created in April 2009 by Ashleigh Kendall, an Occupational Therapy student at the University of Sydney. While on her third year placement at DADHC Fairfield, Ashleigh created this manual for Les Powell School Mount Pritchard. To complete the project, Ashleigh received assistance and support from Rene Fraser, her placement supervisor. By Ashleigh Kendall – April 2009 2 Contents Your New Sensory Manual Page...»

«BEAR FACTS Mahanoy Area High School GRADUATION 2011 Dear Mahanoy Area, Class of 2011 It is with a great deal of Bear Pride that I write this note to you. I am so thankful that I have had the opportunity to serve as your principal for the past three years. As I have stated Officers before, I have come full circle at Mahanoy Area. I started my career as a middle school English teacher. I then became the InstrucPresident: Maria Yankus tional Support Teacher in the elementary Vice-President: Jenna...»

«Review and Reflections: Music and Dance Traditions of Ghana by Doris Green, M.A. Retired Fulbright Scholar/US Department Cultural Specialist President of Pan African Performing Arts Preservation Association Doris Green is an ethnomusicologist, musician, dancer, certified teacher of Labanotation, and creator of Greenotation, a system for notating the percussion instruments of African ensembles that enables one to notate the music, and align it with the dance movements, creating an integrated...»





 
<<  HOME   |    CONTACTS
2017 www.sa.i-pdf.info - Abstracts, books, theses

Materials of this site are available for review, all rights belong to their respective owners.
If you do not agree with the fact that your material is placed on this site, please, email us, we will within 1-2 business days delete him.