WWW.SA.I-PDF.INFO
FREE ELECTRONIC LIBRARY - Abstracts, books, theses
 
<< HOME
CONTACTS



Pages:     | 1 |   ...   | 9 | 10 || 12 | 13 |   ...   | 18 |

«THURSDAY 23RD FEBRUARY 2012 02:00 PM AUDITORIUM, WISMA MCA JALAN AMPANG, KUALA LUMPUR KUALA LUMPUR BAR COMMITTEE 2011/12 L to R (Front): Mary Tan ...»

-- [ Page 11 ] --
CyPC KL telah dimaklumkan oleh ahli Bar Kuala Lumpur bahawa PTD Petaling telah melaksanakan suatu peruntukan baru di mana semua pihak berkaitan dengan transaksi hartanah mesti hadir di pejabat tanah untuk menurunkan cap jari mereka ke sistem Biometrik. Tiada sebarang notis awal dikeluarkan dan pandangan dari Jawatankuasa Bar Kuala Lumpur juga tidak diminta sebelum ianya dilaksanakan.

Apabila menerima aduan ini, CyPC KL telah megambil initiatif dengan menelefon pihak PTD Petaling. Selepas itu, kami difahamkan bahawa Majlis Peguam dan Jawatankuasa Bar Selangor turut membuat aduan yang sama kepada PTD tersebut.

Suatu taklimat telah diadakan dan PTD Petaling telah memaklumkan semua yang berkenaan bahawa sistem tersebut hanya dalam process percubaan sahaja dan orang awam boleh memilih untuk tidak menggunakan sistem ini. Kami juga dimaklumkan tujuan sistem biometrik ini diperkenalkan adalah untuk menghalang kes-kes penipuan di pejabat-pejabat tanah di Selangor.

Ketika laporan ini dibuat tiada sebarang perkembangan lanjut yang di terima dari PTD Petaling.

02 NOVEMBER 2011

TAKLIMAT DI PEJABAT TANAH WILAYAH BERKENAAN SEMINAR PENTADBIRAN TANAH 2011

Taklimat tersebut diadakan pada 02 November 2011. Pengarah Pejabat Tanah Wilayah telah menjemput berbagai agensiagensi seperti Bar Kuala Lumpur, REHDA, Persatuan Pembeli-pembeli Rumah untuk menghadiri taklimat tersebut dan telah meminta mereka untuk menghantar ahli-ahli ke seminar tahunan tersebut.

21 NOVEMBER 2011 SEMINAR PENTADBIRAN TANAH 2011 Seminar ini dianjurkan oleh Pejabat Tanah Wilayah setiap tahun and ianya telah diadakan di Dewan Tun Dr. Ismail, Pusat Dagangan Dunia Putra, Kuala Lumpur. Tahun ini, fokus seminar adalah kepada isu dan pembangunan Hakmilik Strata di Wilayah Persekutuan.

Jawatankuasa Bar Kuala Lumpur telah menaja 2 tempat untuk ahli-ahli CyPC KL hadir.

05 DISEMBER 2011

MESYUARAT ANTARA PTG SELANGOR, BAR SELANGOR DAN MAJLIS PEGUAM

Mesyuarat ini telah dihadiri oleh wakil-wakil dari Majlis Peguam, Bar Selangor dan Bar Kuala Lumpur. Selain dari pegawaipegawai PTG Selangor, Penolong-penolong Pegawai Daerah (ADO) dari 9 daerah negeri Selangor juga turut hadir. Isu utama yang dibincangkan di mesyuarat tersebut adalah berkenaan peningkatan kes-kes penipuan dan cadangan-cadangan pihak PTG untuk mengurangkan masalah-masalah tersebut.

JAWATANKUASA AMALAN KONvEYANSING

88 L A P O R A N TA H U N A N 2 0 1 1 / 1 2 •

PENUTUP DAN PENGHARGAAN

Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada ahli-ahli CyPC KL atas masa dan sokongan mereka untuk menghadiri jemputan ke mesyuarat-mesyuarat dan majlis-majlis dan kepada ahli-ahli yang setia menghadiri mesyuarat-mesyuarat jawatankuasa dan perbincangan-perbincangan melalui emel yang telah banyak menyelesaikan isu-isu praktikal yang dihadapi oleh ramai peguam yang terlibat dalam amalan konveyansing. Ianya merupakan suatu pengalaman yang menarik bagi saya.

Saya jugan ingin merekodkan penghargaan yang tertinggi kepada Tuan Pengerusi dan ahli-ahli Jawatankuasa Bar Kuala Lumpur, sekretariat, terutamanya kepada dua pegawai eksekutif, Yati dan Melissa, atas sokongan dan tunjuk ajar mereka sepanjang tahun.

Akhir sekali, jutaan terima kasih kepada semua ahli-ahli Bar Kuala Lumpur yang telah memberikan sokongan yang diperlukan kepada jawatankuasa ini dan kepada saya.

Agnes Chan Kim Hong Pengerusi Jawatankuasa Amalan Konveyansing

–  –  –

27 APRIL 2011 HINGGA 31 MEI 2011

KEMPEN BAHAN BACAAN UNTUK PENJARA

CPC telah melancarkan kempen ini selama satu bulan selepas mendapat tahu bahawa banduan-banduan di Penjara Sungai Buloh telah menyatakan keinginan mereka untuk mendapatkan lebih banyak bahan-bahan bacaan. Tujuan utama kempen ini adalah untuk membantu banduan-banduan menanam minat membaca agar mereka akan menjadi insan yang lebih baik. Lebih daripada 3,000 naskah bukubuku dan majalah-majalah telah dikumpul dari sumbangan ahli-ahli Bar, individuindividu and institusi-institusi persendirian. Bahan-bahan bacaan yang telah dikumpul tersebut telah diserahkan kepada pihak Penjara Sungai Buloh pada 21 Jun 2011 di dalam suatu majlis ringkas.

06 JUN 2011

KUNJUNGAN HORMAT/MESYUARAT BERSAMA DENGAN

HAKIM PENGURUS MAHKAMAH JENAYAH KUALA LUMPUR, YA

TAN SRI DATO’ ZULKEFLI AHMAD MAKINUDDIN

Mesyuarat tersebut juga dihadiri oleh beberapa Hakim dari Mahkamah Tinggi Jenayah Kuala Lumpur. Antara isu-isu yang dibincangkan di mesyuarat tersebut adalah berkenaan dengan Sistem Tracking, Pusat Bantuan Guaman dan Biro Bantuan Guaman dan Pusat Reman Bukit Jalil.

–  –  –

JAWATANKUASA AMALAN JENAYAH

90 L A P O R A N TA H U N A N 2 0 1 1 / 1 2 • 07 OKTOBER 2011

KUNJUNGAN HORMAT/MESYUARAT BERSAMA DENGAN HAKIM PENGURUS MAHKAMAH

JENAYAH KUALA LUMPUR YANG BARU, YA DATO’ HASAN BIN LAH

Mesyuarat tersebut juga dihadiri oleh pegawai-pegawai kanan dari Mahkamah Jenayah Kuala Lumpur. Selain daripada berkenalan, isu-isu yang dibincangkan semasa mesyuarat tersebut termasuk Sistem Tracking di Mahkamah Tinggi Jenayah, masalah-masalah di Mahkamah-mahkamah Majistret dan juga penambahbaikkan proses ikat jamin.





PENUTUP DAN PENGHARGAAN

Saya ingin merakamkan ucapan ribuan terima kasih dan penghargaan saya kepada ahli-ahli CPC atas sokongan dan kerjasama mereka sepanjang penggal 2011/12.

Datuk Baljit Singh Sidhu Pengerusi Jawatankuasa Amalan Jenayah

–  –  –

Persoalan-persoalan ini kemudiannya telah dibincang, diselidik dan dinilaikan di Forum Perubahan Cuaca anjuran EHC yang telah diadakan di Auditiorium Majlis Peguam (seperti yang dikenali pada ketika itu). Forum tersebut memperlihatkan barisan penceramah mewakili kumpulan-kumpulan pemerhati alam sekitar, agensiagensi kerajaan, ahli-ahli akademik dan para professional. Ianya telah menarik minat lebih kurang 100 penyertaan yang terdiri dari ahli-ahli Bar Kuala Lumpur, wakil dari universiti-universiti, institusi-institusi kerajaan, NGO-NGO dan orang awam. Menteri dari Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar, Dato’ Douglas Uggah telah hadir bagi penutupan forum tersebut pada sebelah petang. Beliau telah memberi EHC sokongan penuh dari pihak kementerian dan telah menyatakan harapan beliau agar Bar Kuala Lumpur dapat menganjurkan lebih banyak Forum Perubahan Cuaca di masa depan.

EHC turut mengambil bahagian dalam acara global, Earth Hour, pada 22 Mac

2011. Ia telah meminta ahli-ahli Bar Kuala Lumpur untuk menutup lampu-lampu mereka selama satu jam sebagai simbol perjanjian dalam pemuliharaan penggunaan khazanah-khazanah Bumi.

EHC telah menganjurkan acara 5-hari tempoh pengumpulan, bagi suratkhabarsuratkhabar lama dan kertas-kertas terpakai sempena sambutan Hari Bumi (Earth Day) bermula dari 18 April 2011 hingga 22 April 2011. Ini merupakan tahun ke-3 berturut-turut di mana EHC telah menganjurkan acara ini dan sokongan untuk

JAWATANKUASA ALAM SEKITAR DAN KEMANUSIAAN

92 L A P O R A N TA H U N A N 2 0 1 1 / 1 2 • kempen guna semula dan kitar, dari firma-firma guaman amat menggalakkan. Keuntungan dari penjualan suratkahabar lama digunakan untuk menaja projek-projek alam sekitar di masa depan anjuran jawatankuasa ini. Kemuncak kempen ini adalah temubual di Malaysia Hari Ini (MHI) oleh Tv3 dengan naib pengerusi EHC, Noor Hajran yang telah banyak menceritakan tentang kepentingan mengenai kesedaran semua untuk menyelamatkan alam sekitar.

Salah satu aktiviti utama EHC pada tahun ini adalah acara 3 Hari 2 Malam Perkhemahan Alam Semulajadi Kanak-kanak, dari 03 Jun 2011 hingga 05 Jun 2011, anjuran bersama Persatuan Alam Malaysia di Pusat Pendidikan Alam Semulajadi yang terletak di Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM), Kepong.

Dalam intiatif ini, EHC telah menaja 18 kanak-kanak daripada Yayasan Psikologi Malaysia sepanjang tempoh perkhemahan di FRIM. 2 kanak-kanak ahli-ahli Bar juga telah turut menyertai perkhemahan ini. 5 penyelia dan sukarelawan dari EHC turut hadir di sana untuk membantu dalam perlaksanaan bengkel-bengkel alam sekitar dan program-program untuk kanak-kanak tersebut.

EHC juga telah menyokong Himpunan Hijau 109, suatu perjumpaan besar-besaran yang melibatkan 10,000 orang di Taman Gelora, Kuantan untuk menyuarakan rasa tidak senang mereka terhadap isu pembuangan sisa radioaktif dengan pembinaan kilang Lynas Advanced Material di Gembeng, Kuantan. Ia telah membantu Jawatankuasa Alam Sekitar dan Perubahan Cuaca Majlis Peguam (ECC) dalam menganjurkan suatu forum awam berkenaan isu tersebut di Auditiorium Raja Addruse baru-baru ini.

Semasa laporan ini ditulis, EHC telah mengadakan mesyuarat sebanyak 3 kali semenjak pemegangan jawatannya bagi penggal 2011/12.

PENUTUP DAN PENGHARGAAN

EHC ingin merekodkan semua pertolongan dan bantuan daripada ahli-ahli jawatankuasa dan Sekretariat Bar KL dalam memastikan perlaksanaan semua aktiviti dan segala inisiatif untuk kebaikan ahli-ahli Bar KL dan orang awam.

Roger Chan Weng Keng Pengerusi Jawatankuasa Alam Sekitar dan Kemanusiaan

–  –  –

ITCC juga diundang untuk menghadiri Seminar-seminar yang dianjurkan oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC), khususnya DNS Security dan DNSSEC pada 03 March 2011, Internationalised Domain Name pada 19 April 2011 dan 3rd Network Security Industry Talk pada 14 Oktober 2011.

Suatu lagi projek yang dimulakan pada penggal lepas dan akhirnya dilancarkan pada suku akhir 2011. Jawatankuasa Bar Kuala Lumpur dan Microsoft memeterai suatu kerjasama yang memperkenalkan ahli-ahli Bar Kuala Lumpur kepada satu produk Microsoft Malaysia, ‘Office 365’.

Kolaborasi dengan DiGi juga diteruskan dan DiGi menganjurkan roadshow di setiap bulan di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur dengan tawaran istimewa kepada ahliahli.

ITCC juga sedang dalam proses usahasama dengan Alcassoft Solutions Sdn Bhd.

ITCC juga telah memulakan usaha untuk mengajar ahli-ahli untuk memahami Teknologi Maklumat dengan lebih baik dan menjadi pengguna Teknologi Maklumat yang lebih cekap.

Projek-projek ini tidak boleh dijalankan tanpa minat yang kuat dan benar daripada

–  –  –

Di penggal ini, PDC telah menganjurkan 32 acara-acara di antara bulan Mac 2011 dan Februari 2012 yang merangkumi pelbagai bidang seperti yang disenaraikan di jadual sampingan.

Setakat ini, sambutan terhadap acara-acara anjuran PDC adalah amat menggalakkan dan harapan kami adalah agar ahli-ahli akan terus mendapat faedah dari programprogram yang telah disusun ke penghujung penggal. Kami berharap dapat terus mendapat sokongan dan peningkatan penyertaan daripada ahli-ahli dan juga pelatihpelatih dalam kamar.

Sebagai suatu perubahan, PDC bercadang untuk menganjurkan suatu konferens 2-hari yang ditujukan khas untuk sektor korporat dan juga dalam perancangan adalah suatu sesi Dialog dan Majlis Perjumpaan dan Minum Petang bersama Bank Negara, Suruhanjaya Sekuriti, Bursa Malaysia, Suruhanjaya Syarikat Malaysia dan Suruhanjaya Persaingan Malaysia.

Jeremiah R Gurusamy Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Profesional

–  –  –

Jawatankuasa Penerbitan turut ditugaskan untuk menghasilkan dua buku panduan bagi para pelatih dalam kamar sertap peguam muda. Topik-topik akan merangkumi Tradisi Bar dan Advokasi. Atas sebab kekangan masa, jawatankuasa tersebut tidak dapat menerbitkan buku-buku tersebut. Namun, ia akan menjadi sesuatu yang akan diteliti oleh jawatankuasa akan datang.

Choo Dee Wei Pengerusi Jawatankuasa Penerbitan

–  –  –

Setelah beberapa kali membantu mempengerusikan sesi-sesi dialog bersama Puan Hendon, PWC telah mengusulkan untuk menyediakan satu garis panduan ceramah supaya lebih ramai peguam dapat mengendalikan sesi dialog tersebut.

Walaubagaimanapun, cadangan tersebut tidak dapat diteruskan; untuk membantu pelatih menghadapi peperiksaan EPS, seseorang penceramah tersebut mestilah arif tentang silibus dan struktrur skema pemarkahan EPS tersebut. Oleh itu, suatu garis panduan yang ringkas semata-mata adalah tidak mencukupi untuk membantu penceramah.

Oleh yang demikian, dengan persetujuan Jawatankuasa Peguam Kuala Lumpur (”KLBC”), PWC telah bersetuju supaya tidak lagi menganjurkan EPS mulai tahun 2012, sebaliknya mengusulkan supaya dialog EPS dianjurkan oleh Majlis Peguam, dengan memasukkan sesi dialog tersebut sebagai sebahagian daripada Kursus Etika dan Standard Profesional tersebut sendiri. Dengan cara itu, pelatih-pelatih dalam kamar yang datang dari luar Kuala Lumpur dan Selangor turut dapat memperoleh faedah dari sesi dialog tersebut, memandangkan pada ketika ini hanya pelatih-pelatih dari kawasan Kuala Lumpur dan Selangor yang mendapat manfaat dari sesi dialog tersebut.

PWC ingin mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Puan Hendon atas jasa baik dan usaha beliau sebagai penceramah bagi sesi dialog EPS sepanjang tahun 2011.

SESI PENGENALAN BAGI PELATIH-PELATIH DALAM KAMAR

Pada awalnya, sesi pengenalan bagi pelatih-pelatih dalam kamar (Sesi P.I.) melibatkan pelatih dalam jumlah yang besar dan dilaksanakan secara bulanan. Proses adalah melibatkan tontonan video yang menunjukkan secara ringkas sejarah penubuhan dan perkembangan Bar. Pelatih kemudiannya dibahagikan kepda dua kumpulan

JAWATANKUASA HAL EHWAL PELATIH-DALAM-KAMAR

100 L A P O R A N TA H U N A N 2 0 1 1 / 1 2 • besar dan dibantu oleh ahli-ahli KLBC yang hadir.

Pada tahun lalu (2010), beberapa cadangan telah dikemukakan tentang cara pengendalian Sesi P.I.. Cadangan yang dilaksanakan adalah pada setiap bulan, setiap ahli KLBC ditetapkan 5 hingga 10 orang pelatih di mana ahli KLBC akan bertemu di tempat pilihan masing-masing untuk suatu sesi dialog selama 1 jam berkenaan Bar dan isu-isu yang dihadapi oleh para pelatih. Walaupun kaedah ini agak berkesan, tiada keseragaman dalam sesi dialog dan KLBC tidak dapat mengenalpasti masalah-masalah yang dihadapai oleh pelatih ataupun peluang untuk mendengar pandangan pelatih terhadap latihan dalam kamar yang sedang dilalui, isu-isu Bar, jawatankuasa mahupun Mahkamah.

Pada tahun 2011, sekali lagi cara pengendalian Sesi P.I. dirombak. Ahli Jawatankuasa PWC bersama-sama Ravin Singh, dengan sokongan Pengerusi KLBC Brendan Navin Siva dan ahli-ahli KLBC yang lain, Sesi P.I. dalam format yang baru dilaksanakan pada Julai 2011.

Modus operandi Sesi P.I yang baru ini adalah mudah; pelatih dikehendaki hadir tepat jam 2.30 petang, dan sesi dilakukan sehingga sekitar jam 5.30 petang. KLBC memandang serius isu ketepatan masa dan pelatih yang hadir lewat lebih dari 15 minit selepas sesi dimulakan akan dilarang masuk, dan harus membuat temujanji yang lain kecuali mereka mempunyai alasan yang sah dan boleh diterima oleh KLBC. Sesi ini juga kerap berakhir sehingga jam 6.30 petang kerana perbincangan berkenaan isu-isu yang dibangkitkan oleh pelatih-pelatih boleh menjadi berlarutan.

Sesi bermula pada pukul 2.30 petang dengan sesi ”ice-breaking”, disusuli dengan sesi Soalan/Kuiz. Dalam sesi tersebut, pelatih akan ditanya tentang soalan-soalan asas tetapi relevan berkenaan dengan Bar. Selepas itu, pelatih ditunjukkan tayangan slaid tentang struktur Bar, dari Bar individu bagi negeri-negeri sehinggalah Majlis Peguam. Selepas rehat untuk minum petang, sesi diteruskan dengan perbincangan tentang masalah-masalah yang dihadap oleh pelatih-pelatih.

Walaupun isu-isu yang dihadapi oleh pelatih mungkin dianggap remeh kepada peguam yang sedah berpengalaman, pelatihpelatih mengambil kira isu ini sebagai serius.

Dengan pengenalan format baru sesi ini, KLBC dapat mengumpul rekod dan kekerapan masalah-masalah yang dihadapi pelatih-pelatih.

Dengan adanya maklumat tersebut, PWC kini sedang bekerjasama dengan KLBC untuk memuatnaik isu-isu yang dihadapi pelatih-pelatih ke dalam laman web Bar Kuala Lumpur dalam format Soalan & Jawapan (Q&A).



Pages:     | 1 |   ...   | 9 | 10 || 12 | 13 |   ...   | 18 |


Similar works:

«s A TEACHER’S GUIDE TO THE SIGNET EDITION OF TENNESSEE WILLIAMS’S A STREETCAR NAMED DESIRE By ROBERT C. SMALL, JR., Ed.D., Radford University SERIES EDITORS: W. GEIGER ELLIS, ED.D., UNIVERSITY OF GEORGIA, EMERITUS and ARTHEA J. S. REED, PH.D., UNIVERSITY OF NORTH CAROLINA, RETIRED ISBN: 0-451-52992-8 Copyright © 2004 by Penguin Group (USA) For additional teacher’s manuals, catalogs, or descriptive brochures, please email academic@penguin.com or write to: PENGUIN GROUP (USA) INC. Academic...»

«DOCUMENT RESUME CS 215 269 ED 393 115 Risemberg, Rafael AUTHOR Writing through Mime: Using Silent Drama To Enhance TITLE Story Writing. PUB DATE 19p. NOTE Teaching Guides (For Classroom Use Guides PUB TYPE Descriptive (141) (052) Reports Teacher) MF01/PC01 Plus Postage. EDRS PRICE Creative Dramatics; Elementary Education; Elementary DESCRIPTORS School Students; *Pantomime; Program Implementation; Story Telling; Student Writing Models; Writing Assignments; *Writing Improvement; Writing...»

«Page 1 of 11 Angelo State University Department of Psychology, Sociology, and Social Work SWK 4373: Social Work Practice III Course Dates, Time, and Location Spring Semester, 2017: January 17, 2017 to May 12, 2017 Online Course Instructor Contact Information Ingrid A. Russo, M.S.W., LCSW Field Education Director Clinical Assistant Professor Academic Building, Office 104G Office Phone: 325-486-6126 E-Mail: Ingrid.Russo@angelo.edu Office Hours: MWF 9:00 am 10:00 am; Wednesday 11:00 am – 2:30 pm...»

«Child and Youth Care Critical Perspectives on Pedagogy, Practice, and Policy EDITED BY ALAN PENCE AND JENNIFER WHITE Sample Material © 2011 UBC Press Contents Preface: A Personal and Professional Journey / ix ALAN PENCE Introduction / xv ALAN PENCE AND JENNIFER WHITE Acronyms / xxiii Part 1: Teaching and Theorizing Child and Youth Care 1 Articulating a Child and Youth Care Philosophy: Beyond Binary Constructs / 3 J.N. LIT TLE 2 Rethinking Developmental Theories in Child and Youth Care / 19 V E...»

«2016 Wheeling Symphony Young People’s Concerts Teacher’s Guide The Listener April 4, 5, 6, & 8 The Wheeling Symphony & Magic Circle Mime Company Present: The Listener 2016 Young People’s Concerts André Raphel, Conductor 2. A Letter from the Maestro 3. Meet the Wheeling Symphony Orchestra 4. The Conductor 5. The Concert Experience 6. Concert Etiquette 7. Introducing the Program 8 11. Meet the Mimes 12. Teaching Activity – Explore Mime 13. Teaching Activity – Be a Conductor 14....»

«„Wychowanie w Rodzinie” t. VII (1/2013) Petro SIREDZHUK Narodowy Przykarpacki Uniwersytet im. Wasyla Stefanyka, Ukraina Nationalistic Upbringing of a Ukrainian Child Based on “Woman’s Lot” Magazine Nacjonalistyczne wychowanie ukraińskiego dziecka na podstawie czasopisma „Kobiecy Los” Streszczenie Artykuł przedstawia najważniejsze składniki idei pedagogicznych nacjonalistycznego wychowania ukraińskich dzieci, wyznawanych przez redaktor czasopisma „Kobiecy Los” Olenę...»

«M. Babajide (Jide) Wintoki Associate Professor, Finance, University of Kansas, School of Business, Capitol Federal Hall, Lawrence, KS 66045. (785) 864-7515. jwintoki@ku.edu. http://wintoki.faculty.ku.edu/ Academic Positions University of Kansas School of Business Associate Professor, since 2014; Assistant Professor, 2008 – 2014 University of Georgia, Terry College of Business Instructor, 2003 – 2008 Education Ph.D. Banking & Finance, Terry College of Business, University of Georgia, 2008...»

«Shakespeare’s Whore: Language, Prostitution, and Knowledge in Early Modern England by Stephen Andrew Spiess A dissertation submitted in partial fulfillment of the requirements for the degree of Doctor of Philosophy (English Language and Literature) in the University of Michigan Doctoral Committee: Professor Valerie J. Traub, Chair Professor Barbara C. Hodgdon Associate Professor Steven G. Mullaney Associate Professor Elizabeth R. Wingrove © Stephen A. Spiess All Rights Reserved   To my many...»

«DELHI PUBLIC SCHOOL BILASPUR REPORT FOR THE MONTH OF SEPTEMBER 2015 Report of the Teachers’ Day, Outside and Inside School Activities. DELHI PUBLIC SCHOOL BILASPUR TEACHERS’ DAY Birthday of the Second President of India -R THE MONTH OF APRIL is celebrated all over India as Teachers‟ Day – a CELEBRATION Sarvapalli Dr. Radhakrishnan 2015 day to offer tribute to the teachers who burn themselves to give light to their students. Teachers' Day is intended to be one of the special days for the...»

«What Every Teacher Needs to Know about CHILD ABUSE A resource guide for educators and school personnel Brought to you by: Family Nurturing Center 8275 Ewing Blvd. Florence, KY 41042 859-525-3200 www.familynurture.org Dear Educator: We are pleased to provide you with this resource packet to help you address the difficult issue of child abuse and neglect. Millions of children are reported each year as victims of physical abuse, emotional maltreatment, neglect and sexual abuse. As a teacher or...»

«Page 1 of 14 Angelo State University Department of Psychology, Sociology, and Social Work SWK 3313: Social Work Practice II (Macro Social Work) Course Dates, Time, and Location Spring Semester, 2017: January 16, 2017 May 12, 2017 Monday, Wednesday, Friday: 13:00 13:50 Academic Building, Room 113 Instructor Contact Information Jan Lentz, M.S.W., LCSW, BCD Adjunct Instructor of Social Work Office: Academic Building, Room 109 E-Mail: jan.lentz@angelo.edu Cell Phone 325-262-1415 Office Hours: MWF...»

«CLARKSON.DOCX (DO NOT DELETE) 7/14/2010 2:36 PM UNGUARDED INDIANS: THE COMPLETE FAILURE OF THE POSTOLIPHANT GUARDIAN AND THE DUAL-EDGED NATURE OF PARENS PATRIAE Gavin Clarkson* David DeKorte** Indian Country is the only location in the United States where the race of both the victim and the offender are relevant for purposes of jurisdiction and prosecution. As a result, American Indian women and children are victimized at astonishingly higher rates than the rest of society, primarily by...»





 
<<  HOME   |    CONTACTS
2017 www.sa.i-pdf.info - Abstracts, books, theses

Materials of this site are available for review, all rights belong to their respective owners.
If you do not agree with the fact that your material is placed on this site, please, email us, we will within 1-2 business days delete him.