WWW.SA.I-PDF.INFO
FREE ELECTRONIC LIBRARY - Abstracts, books, theses
 
<< HOME
CONTACTS



Pages:     | 1 |   ...   | 8 | 9 || 11 | 12 |   ...   | 18 |

«THURSDAY 23RD FEBRUARY 2012 02:00 PM AUDITORIUM, WISMA MCA JALAN AMPANG, KUALA LUMPUR KUALA LUMPUR BAR COMMITTEE 2011/12 L to R (Front): Mary Tan ...»

-- [ Page 10 ] --

c) Prison Program (where pupil-in-chambers conduct interviews with those in prison); and

d) NGOs such as the All Women’s Action Society Malaysia (“AWAM”), Women’s Aid Organisation (“WAO”), Sisters in Islam (“SIS”), United Nation High Commissioner for Refugees (“UNHCR”), Tenaganita and Pink Triangle Foundation (where pupil-in-chambers assist/conduct interview with less fortunate and distressed clients).

–  –  –

Additionally, attachment students will have the opportunity to be involved in day to day management of the Centre, to attend various trainings conducted by the Centre and conduct researches.

Attachment students have the option to experience the array of programs lined up by BCLAC for a week up to three (3) months. Upon the completion of the attachment program, every attachment student will be awarded a certificate from the Centre.

Listed below are the various colleges and universities that participated in the attachment program for the year 2011:

i. University Malaya (UM) ii. International Islamic University Malaysia (IIUM) iii. Taylor’s University College

–  –  –

A. PENGENALAN Sebagai Pengerusi, ia merupakan tanggungjawab saya untuk mengetuai dan memerhati fungsi-fungsi Bar negeri terbesar di Malaysia. Penggal 2011/12 merupakan satu cabaran kepada semua dengan berbagai isu-isu yang berbangkit semasa penggal ini. Tetapi ia adalah satu keistimewaan dan penghormatan untuk berkhidmat dengan ahli-ahli Bar Kuala Lumpur dan saya percaya bahawa Jawatankuasa Bar Kuala Lumpur (KLBC) telah melaksanakan tugas-tugas mereka secara jujur, teliti dan dengan sebaik-baik kebolehan masing-masing.

B. SETIAUSAHA KEHORMAT DAN AHLI-AHLI DILANTIK

Dalam mesyuarat pertama pada bulan Mac 2011, KLBC telah melantik Datuk Baljit Singh Sidhu sebagai Setiausaha Kehormat untuk penggal 2011/12. Agnes Chan Kim Hong dan Jason Kong telah dilantik menjadi ahli KLBC di bawah Seksyen 73(vii) Akta Profesion Undang-undang 1976.

C. AKTIVITI-AKTIVITI JAWATANKUASA

Sistem E-pemfailan di Mahkamah Kuala Lumpur i) Dengan pelaksanaan sistem e-pemfailan pada 1 Mac 2011, terdapat banyak isu-isu dan kebimbangan yang dihadapi oleh ahli-ahli. Oleh sebab itu, sistem e-pemfailan telah menjadi fokus utama KLBC di penggal ini kerana ahli-ahli harus menyesuaikan diri mereka dengan sistem ini di tengah berbagai isu-isu dan masalahmasalah yang memerlukan perhatian. KLBC telah memanggil dan menghadiri pelbagai mesyuarat dengan Badan Kehakiman, Formis Berhad, MSC Trustgate, SCANS Associates dan bank-bank untuk mencari penyelesaian dan merungkai semua masalah dan isu yang berbangkit.

Komunikasi dengan Ahli-ahli ii) Salah satu aduan daripada ahli-ahli adalah KLBC tidak berkomunikasi dengan ahli-ahli seperti yang sepatutnya.

Jawatankuasa Teknologi Maklumat telah ditukar kepada Jawatankuasa Teknologi Maklumat dan Komunikasi dan diberi tanggungjawab untuk berkomunikasi dengan ahli-ahli melalui lambakan emel, twitter dan facebook.

Perjumpaan Tahunan antara KLBC dan Jawatankuasa Bar Selangor (SBC) iii) Perjumpaan tahunan antara KLBC dan SBC telah diadakan pada 15 April 2011 di Mark’s Place, Kelana Jaya dan penggal ini, ia dihoskan oleh SBC. Perjumpaan tahunan ini adalah untuk ahli-ahli KLBC dan SBC penggal yang baru untuk berkenalan antara satu sama lain dan untuk berbincang tentang cara-cara untuk bekerja bersama-sama dalam menghadapi keperluan-keperluan ahli-ahli kedua-dua Bar Kuala Lumpur dan Selangor.

Acara-acara Lain iv) Selain dari menyertai pelbagai acara anjuran Majlis Peguam, KLBC juga turut menyertai acara-acara di bawah

ini atas jemputan dari Badan-badan tersebut:

–  –  –

KLBC juga amat berterima kasih kepada Majlis Peguam yang menanggung perbelanjaan pengubahsuaian, di mana ia melibatkan kerusi-kerusi baru dan sistem bunyi yang baru.

–  –  –

Dipendra Harshad Rai, wakil Bar Kuala Lumpur di Majlis Peguam, dijemput menghadiri mesyuarat-mesyuarat KLBC sebagai pemerhati dan juga untuk melapor kepada Majlis Peguam tentang perkara-perkara berkaitan dan bila diperlukan. Beliau telah menghadiri mesyuarat-mesyuarat ini sebanyak 8 kali dan telah bekerja rapat dengan KLBC.

Kewangan, Yuran dan Pendapatan Bukan Yuran ix) Kedudukan kewangan KLBC kekal dengan jumlah RM1,131,815 dalam Simpanan Tetap. Kedudukan kewangan terperinci dinyatakan di dalam Akaun Teraudit berakhir 31 Disember 2011.

Yuran bagi tahun 2011 ditetapkan pada RM100 di Mesyuarat Agung Tahunan yang lepas pada 23 Februari

2011. Pada akhir tahun kewangan KLBC pada 31 Disember 2011, terdapat 337 orang ahli yang masih belum menjelaskan yuran mereka bagi tahun 2011.

Pada penggal ini, KLBC telah memungut sebanyak RM165,651.95 dari tajaan-tajaan, pengiklanan di laman web dan surat berita, ceramah-ceramah PDC dan PWC dan Pesta Kerjaya Perundangan.

D. AKTIVITI-AKTIVITI JAWATANKUASA KECIL

12 Jawatankuasa kecil telah ditubuhkan untuk memudahkan penganjuran pelbagai aktiviti KLBC dan untuk memenuhi

keperluan para ahli. Jawatankuasa-jawatankuasa kecil ini telah diketuai oleh ahli-ahli KLBC seperti berikut:

–  –  –





Laporan-laporan sampingan daripada jawatankuasa-jawatankuasa kecil ini menggambarkan aktiviti-aktiviti yang telah

dilaksanakan oleh mereka termasuk:

–  –  –

Majlis Makan Malam dan Tari Menari Tahunan - 12 November 2011 • Untuk pertama kalinya, Majlis Makan Malam dan Tari Menari telah dianjurkan khas untuk ahli-ahli Bar sahaja dan ianya juga pertama kali, akaun majlis tidak mengalami kerugian. Jawatankuasa penganjur harus diberikan ucapan tahniah kerana berjaya berbuat sedemikian dan kerana membawa semua yang hadir ke majlis tersebut suatu malam yang menyeronokkan.

Forum Kebebasan Bersuara di dalam Media Baru - 17 November 2011 • Ucapan terima kasih khas harus diberi kepada Media Legal Defence Initiative - Southeast Asia ke atas tajaan mereka untuk Forum ini yang dianjurkan oleh Jawatankuasa Teknologi Maklumat dan Komunikasi.

Forum berkenaan Pemfailan Elektronik (E-pemfailan) dan Perlaksanaanya - 23 November 2011 • Menyedari banyak isu yang dihadapi oleh ahli-ahli berkenaan sistem e-pemfailan, Jawatankuasa Perhubungan Mahkamah Sivil telah menganjurkan Forum ini untuk membantu ahli-ahli lebih memahami sistem e-pemfailan dan menyuarakan kerisauan-kerisauan dan isu-isu yang mereka hadapi.

E. OBITUARI KLBC dengan dukacitanya merakamkan peninggalan ahli-ahli Bar Kuala Lumpur sewaktu tahun kajian semula dan

dua orang ahli yang telah meninggal pada tahun 2008 dan 2010 yang baru sahaja diketahui oleh KLBC:

Khalid Bin Mohamad pada 29 April 2008 Ramasamy Shanmugam pada 14 November 2010 Datuk Hajjah Ilani Binti Dato’ Haji Isahak pada 24 Februari 2011 Ng Yeong Lee pada 28 April 2011 Dato’ Anpalagan Ramiah pada 13 Jun 2011 Raja Aziz Addruse pada 12 Julai 2011 Yap Wai Kit pada 26 Julai 2011 Tan Tan Bok @ Chen Chanple pada 4 Ogos 2011 Nik Hashim Bin Nik Daud pada 9 September 2011 K S Narayanan pada 6 Oktober 2011 Dato’ Liew Teck Keong pada 11 Oktober 2011 Ng Fook Loy pada 27 November 2011 Ramalingam Thanni Malai pada 1 Disember 2011 Istiadat “Reference” bagi menghormati dan mengingati ahli-ahli tersebut di atas telah dijadualkan untuk dilangsungkan pada 24 Februari 2012 jam 9.00 pagi di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur. Prosiding ini akan dipersidangkan oleh Y.A. Dato’ Rohana Yusuf.

F. SEKRETARIAT Sekretariat menyokong kerja-kerja KLBC dan semua jawatankuasa-jawatankuasa kecilnya. Melainkan Panel Pengurusan Bantuan Guaman, yang mempunyai kakitangan sendiri, semua projek dan aktiviti 11 jawatankuasajawatankuasa kecil telah dikoordinasikan dan diuruskan oleh kakitangan Sekretariat. Dengan daya kekuatan hanya seramai 10 orang, kakitangan Sekretariat telah bekerja keras tanpa mengira penat lelah bagi memastikan semua projek dan aktiviti berjaya dilaksanakan di samping melaksanakan tugasan-tugasan biasa. Struktur organisasi dengan maklumat terperinci dengan portfolio setiap kakitangan boleh diperoleh di laman web Bar Kuala Lumpur di www.klbar.org.my.

KLBC amat bertuah kerana mempunyai sekumpulan kakitangan yang setia dan berdedikasi, di mana kebanyakan mereka telah bertugas bertahun-tahun di KLBC. Dua orang kakitangan Sekretariat menerima anugerah perkhidmatan pada tahun ini (2011); Melissa Dass, salah seorang Pegawai Eksekutif, yang telah berkhidmat di KLBC selama 5 tahun dan Rosilawati, Pembantu Pentadbir, selama 15 tahun.

KLBC amat berterima kasih kepada Majlis Peguam kerana memanjangkan program-program latihan untuk kakitangan mereka kepada kakitangan Sektretariat Bar Kuala Lumpur. Seorang dari kakitangan Sekretariat Bar Kuala Lumpur

–  –  –

G. PENGIKTIRAFAN DAN KESIMPULAN

Dalam penggal 2011/12, saya amat bertuah mendapat sokongan dari ramai ahli-ahli Bar Kuala Lumpur yang telah bekerja keras tanpa mengira penat dan lelah dalam membantu KLBC melaksanakan semua projeknya dan initiatif bagi memperbaiki dan memudahkan pelaksanaan kerja-kerja ahli-ahli Bar Kuala Lumpur dan kebajikan orang awam di Malaysia umumnya.

Kualiti-kualiti unik ahli-ahli Bar Kuala Lumpur telah terserlah lagi dalam penggal ini. Pada suatu masa apabila terlalu banyak isu memberi kesan terutamanya kepada bidang perundangan dan amnya kepada pentadbiran keadilan, ia amat jelas kelihatan bahawa satu Bar yang kuat amat diperlukan. Dan kekuatan sesuatu Bar itu pastinya bergantung kepada ahli-ahli yang bekerja keras, tidak mementingkan diri sendiri, berdedikasi dan komited dan terus-menerus dengan sukarela menawarkan masa dan usaha mereka untuk berkhidmat kepada Bar Kuala Lumpur. Penglibatan mereka memberi inspirasi kepada KLBC untuk bekerja lebih kuat bagi memastikan bahawa kami akan dapat berkhidmat lebih baik untuk ahli-ahli di masa depan.

Saya ingin menjadi orang yang pertama mengaku tidak semua usaha kami berjaya seperti yang dirancangkan. Tetapi saya berpuas hati yang kami telah berjaya melaksanakan tugasan kami dengan bertanggungjawab dan dengan sebaik mungkin. Saya tidak mempunyai sebarang keraguan bahawa KLBC akan terus bekerja dengan jujur dan telus untuk kebaikan semua ahli-ahli Bar Kuala Lumpur.

Akhir sekali, saya ingin merekodkan penghargaan dan terima kasih saya kepada Datuk Baljit Singh (Setiausaha Kehormat), Mary Tan (Setiausaha Eksekutif) dan semua ahli KLBC atas dedikasi dan komitmen mereka dalam membantu saya melaksanakan tugasan saya sebagai pengerusi Jawatankuasa Bar Kuala Lumpur.

–  –  –

CCLC telah membantu dengan persediaan bagi maklumat yang lebih mesra pengguna di laman web EFS dan sentiasa mengeluarkan maklumat terkini kepada ahli-ahli berkenaan EFS bagi membantu ahli-ahli memahami sistem ini dengan lebih mendalam.

Dari masa ke semasa perbincangan-perbincangan telah diadakan bukan sahaja dengan pihak Kehakiman tetapi juga dengan penyedia-penyedia perkhidmatan yang terlibat dengan EFS. Ahli-ahli Bar Kuala Lumpur turut dijemput hadir ke mesyuaratmesyuarat ini bagi membolehkan mereka membangkitkan sendiri masalah-masalah mereka secara bersemuka.

Mesyuarat-mesyuarat dirancang bersama pihak Kehakiman dan penyedia perkhidmatan berkenaan isu-isu yang berkaitan pemfailan secara online. Firmafirma guaman yang telah berdaftar dan telah melaksanakan pemfailan-pemfailan secara online turut dijemput menghadiri mesyuarat-mesyuarat tersebut dan untuk membangkitkan sendiri isu-isu yang mereka sendiri hadapi.

Suatu Forum juga telah diadakan pada 23 November 2011 bagi semua ahli untuk hadir dan diberi taklimat berkenaan EFS dan maklumat-maklumat terkini berkenaan sistem tersebut. Pertanyaan-pertanyaan ahli-ahli dan isu-isu yang turut dibangkitkan telah dinotakan oleh Pendaftar-pendaftar dari Mahkmah dan penyedia perkhidmatan.

Beberapa perbincangan juga telah diadakan dengan beberapa organisasi berkenaan servis pengimbasan untuk kemudahan ahli-ahli Bar Kuala Lumpur memandangkan

Biro Perkhidmatan di Mahkamah akan mula mengenakan caj untuk perkhidmatanperkhidmatan mereka. Terdapat 2 perbincangan tersebut:

i. 31 Mei 2011 - bersama wakil daripada Fujitsu ii. 02 Jun 2011 - bersama wakil-wakil daripada GC Malaysia Semua notis dan maklumat terkini berkenaan sistem e-pemfailan telah dihantar kepada ahli-ahli melalui lambakan emel dan sehingga kini CCLC telah menghantar 19 notis sedemikian. Notis-notis tersebut boleh diperolehi di laman web Bar KL melalui pautan ini: http://www.klbar.org.my/index.php/frontend/page/note_court

–  –  –

MAHKAMAH-MAHKAMAH RENDAH KUALA LUMPUR

Surat-surat telah dihantar kepada semua Hakim-hakim Mahkamah Sesyen dan Majistret-majistret dengan memberitahu mereka bahawa CCLC akan memantau perkara-perkara berkenaan Mahkamah Tinggi dan Mahkamah-mahkamah Rendah secara berasingan.

Hakim Penyelia Mahkamah-mahkamah Sesyen telah menjawab surat tersebut dan menegaskan bahawa beliau menghargai notis tersebut dan berharap dapat bekerjasama dalam meningkatkan khidmat kepada pihak awam. Hakim turut mengesahkan jika terdapat sebarang aduan-aduan berkenaan Majistret-majistret atau Hakim-hakim Mahkamah Sesyen agar memaklumkan kepada beliau.

PENUTUP DAN PENGHARGAAN

Kami ingin merekodkan setinggi-tinggi terima kasih dan penghargaan kami kepada ahli-ahli CCLC atas sokongan dan kerjasama mereka sepanjang penggal 2011/12.

Brendan Navin Siva dan Ravin Singh Pengerusi Bersama Jawatankuasa Perhubungan Sivil

–  –  –

10 MEI 2011

KUNJUNGAN HORMAT/MESYUARAT DENGAN PEJABAT TANAH

& GALIAN SELANGOR Antara isu-isu yang dibincangkan semasa kunjungan hormat/mesyuarat ini termasuk tempoh masa yang lama untuk carian dan urusan yang berkaitan dengan Hakmilik Strata, penalti terhadap hakmilik yang lambat diambil, penolakkan dokumendokumen yang diserah dan lain-lain.

Semasa mesyuarat ini, CyPC KL telah berjaya meyakinkan PTG Selangor untuk menyediakan kemudahan semakan status perserahan dan pungutan dokumen/ hakmilik secara online di laman web mereka. Ia telah terbukti banyak membantu pihak peguam kerana semakan secara online ini dapat memastikan hakmilik atau dokumen telah siap dan sedia atau sebaliknya sebelum menghantar wakil untuk mengambil dokumen/hakmilik di PTG Selangor.

26 MEI 2011

KUNJUNGAN HORMAT/MESYUARAT DENGAN PEJABAT

TANAH/DAERAH (PTD) PETALING PTD Petaling baru sahaja berpindah ke U5 Shah Alam. Antara isu-isu yang dibincangkan dan diselesaikan adalah kelewatan pungutan hakmilik oleh peguampeguam, penalti terhadap hakmilik yang lambat diambil, kebenaran pihak kerajaan negeri untuk memberi kebenaran yang mengambil masa, masalah-masalah ‘runners’, penyambungan pajakan, Kaveat Pendaftar dan lain-lain.

–  –  –

22 SEPTEMBER 2011

PERJUMPAAN DAN JAMUAN TEH KONVEYANSING KE-2

Majlis ini telah diadakan di Kelab DiRaja Selangor, Jalan Raja, Kuala Lumpur dan ia merupakan majlis seumpamanya yang ke-2 dianjurkan oleh CyPC KL. CyPC KL berharap ia akan menjadi majlis tahunan di mana peguam-peguam konveyansing boleh bertemu mesra, bergaul, bersosial dan juga menjalin hubungan sesama mereka dan dengan pegawai-pegawai kanan dari agensi-agensi kerajaan yang berkaitan.

29 SEPTEMBER 2011

MESYUARAT ANTARA MAJLIS PEGUAM-LHDN BERKENAAN DUTI SETEM

Mesyuarat ini telah dianjurkan oleh Jawatankuasa Amalan Konveyansing Majlis Peguam yang telah menjemput CyPC KL untuk hadir sama. Isu-isu yang dibincangkan adalah berfokuskan kepada pentadbiran dan operasi Pejabat Duti Setem dan juga berkenaan Sistem STAMPS (online). Laporan telah disediakan oleh seorang ahli CyPC KL dan telah diterbitkan di laman web Bar KL.

25 OKTOBER 2011

TAKLIMAT TENTANG PERLAKSANAAN SISTEM BIOMETRIK @ SELAMAT DI PTD PETALING



Pages:     | 1 |   ...   | 8 | 9 || 11 | 12 |   ...   | 18 |


Similar works:

«CHAPTER B.12 ABUSED, NEGLECTED, AND DEPENDENT JUVENILES Drew D. Dropkin, Janet Mason, and Janine Murphy Government has no nobler duty than that of protecting its country's lifeblood – the children.1 Justice Franklin E. Freeman, Supreme Court of North Carolina § B.1200. Introduction Classroom teachers and other school personnel strive to promote learning and provide students with a healthy, supportive educational environment. Despite their best efforts, however, a student's educational...»

«WHAT YOU NEED TO KNOW ABOUT GURUS By Sri Rama Ramanuja Achari Resorting to a Preceptor The Spiritual Preceptor — acharya — has an essential place in all the great Wisdom Traditions of the world. Taking refuge in an Abstract and seemingly distant Divine Being is somewhat troublesome, but taking refuge in a learned, compassion, caring and wise person is much easier, as such a person is present and approachable. In this age of consumerism and “shopping” how does one know if a...»

«Written and illustrated by Diane deGroat Teacher friendly and ready to use, this guide aligns with the Common Core State Standards (CCSS) and is appropriate for kindergarten through grade three. It includes discussion questions, fun multidisciplinary activities, and printable sheets. It is a perfect tool to use for your Diane deGroat author study. Your students will be meaningfully engaged and ask for more books about their favorite opossum, Gilbert. Guides for other Gilbert and Friends books...»

«“Almost as annoying as the Yank; better accent, though.” -Attitudes and Conceptions of Finnish Students toward Accents of English Pro Gradu Henrik Hakala Department of English University of Helsinki Instructor: Prof. Anna Mauranen Contents Contents 1. Introduction 2. Theoretical Framework 2.1 Attitudes 2.2 Language Attitude Studies 2.2.1 Techniques in language attitudes studies 2.2.2 Previous Studies on Non-native Speaker Attitudes 2.3 Language Attitudes 2.3.1 Language attitude assessment...»

«Social Work Education in Europe Franz Hamburger, Günther Sander & Manfred Wöbcke Translator’s note: Approximate translations of the terms ‘Fachschule’ and ‘Fachhochschule’ are, respectively ‘technical college’ and ‘college’. However, since there is no exact correspondence between German and English educational establishments, the German terms have been retained throughout this document. All European states with the exception of the small principalities offer training for the...»

«DOCUMENT RESUME CS 215 923 ED 409 576 AUTHOR Pirie, Bruce Reshaping High School English. TITLE National Council of Teachers of English, Urbana, Ill.INSTITUTION ISBN-0-8141-5668-1 REPORT NO PUB DATE 97 NOTE 116p. National Council of Teachers of English, 1111 W. Kenyon AVAILABLE FROM Road, Urbana, IL 61801-1096 (Stock No. 56681-0015: $10.95 members, $16.95 nonmembers). Opinion Papers (120) Books (010) PUB TYPE MF01/PC05 Plus Postage. EDRS PRICE Curriculum Development; *English Curriculum;...»

«A TEACHER’S GUIDE TO THE SIGNET CLASSIC EDITION OF WILLIAM SHAKESPEARE’S OTHELLO By DEBRA (DEE) JAMES, University of North Carolina at Asheville SERIES EDITORS: W. GEIGER ELLIS, ED.D., UNIVERSITY OF GEORGIA, EMERITUS and ARTHEA J. S. REED, PH.D., UNIVERSITY OF NORTH CAROLINA, RETIRED A Teacher’s Guide to the Signet Classic Edition of William Shakespeare’s Othello 2 INTRODUCTION Othello, like all of Shakespeare’s plays, particularly the tragedies, is complex and subtly nuanced. Through...»

«Carnegie Mellon University Statistics Department Margaret L. Smykla and with the assistance of the department faculty The Department of Statistics at Carnegie Mellon University—then Carnegie Institute of Technology–was created in 1966. Prior to that time, Carnegie Tech’s Department of Mathematics served as the training ground for an outstanding mix of young statistical talent, such as undergraduate and masters degree students Frederick Mosteller (1930s); David L. Wallace (1940s); Mel...»

«INTRODUCTION TO DRAMA IN THE CLASSROOM TEACHER HANDOUT TAG, Citizens Theatre 119 Gorbals Street Glasgow G5 9DS T: 0141 4295561 (switchboard) F: 0141 429 7374 www.citz.co.uk www.tag-theatre.co.uk TAG is part of the CITIZENS THEATRE Ltd. Registered in Scotland No. SC22513. Registered Office: Milne Craig Ltd. Abercorn House, 79 Renfrew Rd. Paisley PA3 4DA Charity No. SC001337 INTRODUCTION As a busy teacher it can sometimes be difficult to keep lessons innovative and exciting, not only for your...»

«Use of mobile testing system PeLe for developing language skills Svetlana Titova1 Abstract. One of the objectives of this paper is to investigate the pedagogical impact of both the mobile testing system PeLe (Norway, HiST) and the enquiry-based learning approach on language skills development in the context of mobile-assisted learning. The research aims to work out a methodological framework of PeLe implementation into the language classroom through formative assessment, immediate feedback and...»

«State and Local Efforts to Investigate the Validity and Reliability of Scores from Teacher Evaluation Systems Corinne Herlihy, Ezra Karger, Cynthia Pollard, Heather C. Hill, Matthew A. Kraft, Megan Williams, Sara Howard Structured Abstract Context: In the past two years, states have implemented sweeping reforms to their teacher evaluation systems in response to Race to the Top legislation and, more recently, NCLB waivers. With these new systems, policy-makers hope to make teacher evaluation...»

«Validating Teacher Effect Estimates Using Changes in Teacher Assignments in Los Angeles Andrew Bacher-Hicks Harvard University Thomas J. Kane Harvard University and NBER and Douglas O. Staiger Dartmouth College and NBER Author Note Bacher-Hicks: John F. Kennedy School of Government, Harvard University, 79 John F. Kennedy Street, Cambridge, MA 02138 (e-mail: abacherhicks@g.harvard.edu). Kane: Harvard Graduate School of Education, 50 Church St., 4th Floor Cambridge, MA 02138 (email:...»





 
<<  HOME   |    CONTACTS
2017 www.sa.i-pdf.info - Abstracts, books, theses

Materials of this site are available for review, all rights belong to their respective owners.
If you do not agree with the fact that your material is placed on this site, please, email us, we will within 1-2 business days delete him.